Datuk Seri Shafie Apdal dinamakan sebagai calon baharu perdana menteri Pakatan Harapan.

PETALING JAYA – DAP tidak meletakkan sokongan tegar (rigid) terhadap Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, tetapi masih membuka ruang perbincangan mengenai calon Perdana Menteri (PM).

Selain gandingan Shafie-Anwar-Mukhriz yang diumumkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, DAP juga tidak menolak kemungkinan menyusun kedudukan gandingan itu menjadi Anwar-Shafie-Mukhriz.

Sumber boleh dipercayai memberitahu, mesyuarat DAP yang dijalankan pada Selesa memutuskan bahawa Pakatan Harapan (PH) mesti dikukuhkan dan “berjalan bersama”, selain bergabung dengan tenaga dari Sabah dan Sarawak.

“Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP menetapkan untuk menyerah perbincangan mengenai Shafie sebagai PM kepada Majlis Presiden PH,” kata sumber.

Menurut sumber, selain menekankan kepentingan keputusan bersama dalam PH, DAP juga tidak akan mengkhianati Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami tidak menetapkan supaya Shafie mesti menjadi PM atau menetapkan siapa yang menjadi ketua dan siapa menjadi timbalan.

“Majlis Presiden PH akan berbincang apabila sampai masanya,” katanya.

Menurut sumber itu, pengaruh Shafie perlu digabungkan bukan demi merampas kuasa pentadbiran, tetapi sebagai persediaan menghadapi kemungkinan pilihan raya kilat pada November.

“Sumber UMNO memberitahu pilihan raya mungkin diadakan pada November, jadi kami perlu menghala ke arah sasaran ini.

“Isu dan cadangan Shafie menjadi PM adalah tepat pada waktunya, kami masih ada masa untuk berunding dan tawar menawar,” katanya.

Menurut sumber, masih ada ruang untuk PH menukar calon PM.

“Kami boleh mengecualikan Dr. Mahathir pada masa ini, yang tinggal adalah Anwar dan Shafie.

“Jika Anwar tidak setuju dengan Shafie, kami masih boleh berunding, termasuk menterbalikkan gandingan iaitu Anwar menjadi PM dan Shafie sebagai timbalan,” katanya.

Jelas sumber, Shafie sukar untuk menolak kerjasama dengan PH kerana penolakan itu akan menyebabkan beliau menerima kesan isolasi daripada Perikatan Nasional malahan penyokong Warisan juga akan “dibeli.” – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Pusing balik tunggang terbalik mcmana pun x akan boleh baik punya maaa.. Kasi peluang satu kali macam kera dapat bunga.. Hancusssss semua bunga2. . Manyak sesal wa kasi lu punya PAN undi maa.. Satu kali mat sabu sudah terjun dengan labu nya.. labunya pecah.. Hahaha

  2. sabotage, PENGKHIANATan, agenda terancang & tidak menepati janji dlm kerajaan PH punca kejatuhan kerajaan & bukan sebab tempoh masa singkat sbgi kayu pengukur.. PH Masih DIHATI rakyat & duri dlm daging harus dibuang.. tetapkan pendirian & kerjasama & semangat setia kawan dlm PH.. apabila usul tidak percaya berjaya maka gendang PRU15 akan dipalu maka calon PH bgi PM-9 adalah DSAI & TPM-1 diwakili calon Borneo & TPM-2 diwakili calon dari kelantan

  3. komunis dan anjing2nya mmg xguna,
    mereka hanya pandai menipu dan mempermainkan rakyat,
    mereka langsung tidak memikirkan masalah2 yg bakal berlaku kepada rakyat dan ekonomi negara disebabkan kebodohan mereka merebut kuasa,
    komunis dan anjing2nya mmg haramjadah

  4. Peyrahh..gendang PRU 15 dipalu konon. Ada lagi nuh yg percaya ngan puak2 PH ni. Aku tak caya lgsg dah. Masa Tun kecing rakyat, semua parti lain setuju saja.

  5. ada tikus cuba membaiki labu.. tapi kalau babi tak tau lah nak baiki apa.. bumbung, pintu .. takde masalah nak sakit kepala mikir….

Comments are closed.