Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed (kiri) ketika gimik pelancaran Pembiayaan dan Pembayaran Digital & e-Dompet My Pay turut bersama Pengarah Eksekutif DAPAT Vista Sdn Bhd, Sabri Rahman (dua kiri), Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Ahmad Dasuki Abdul Majid (tengah), Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad, Mohd Muazzam Mohamed (dua kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Fass Payment Solution Sdn Bhd, Chris Leong (kanan) di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 03 JULAI 2020

KUALA LUMPUR- Bank Islam Malaysia Bhd. giat membentuk ekosistem yang tidak memerlukan pelanggan mengunjungi cawangan untuk membuat permohonan terhadap produk dan perkhidmatan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, bank tersebut memberi lebih banyak penekanan terhadap teknologi digital bagi memenuhi keperluan pelanggan dan perubahan landskap perniagaan.

Dengan itu, kerjasama dengan DAPAT Vista (M) Sdn. Bhd. menerusi platform MyPay katanya, dapat melengkapkan ekosistem penyediaan perkhidmatan digital bank berkenaan.

“Tumpuan terhadap perkhidmatan digital juga seiring dengan matlamat untuk menyediakan akses  lebih meluas kepada golongan yang kurang mendapat liputan perkhidmatan bank serta tiada akaun bank membolehkan mereka menikmati pelbagai perkhidmatan dan produk serta ganjaran,” katanya semasa menyampaikan ucapan sempena pemetaraian perjanjian di antara Bank Islam, DAPAT Vista dan FassPay bagi pelancaran MyPay.

Majlis disaksikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Tambah Mohd. Muazzam, pelanggan boleh membuat permohonan pembiayaan menerusi aplikasi MyPay.

MyPay adalah aplikasi perkhidmatan kewangan dan e-dompet bakal dilancarkan secara rasmi pada suku keempat 2020.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast