KUALA LUMPUR – DAP antara parti dalam Pakatan Harapan (PH) Plus yang tidak menamakan calon Perdana Menteri bagi kerajaan parti itu sekiranya dapat memerintah semula pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRK15) akan datang.
Sebaliknya, menurut Naib Pengerusi DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, dalam PH Plus, semua keputusan dibuat secara konsesus dengan rakan gabungan politik, bukan berdasarkan parti mana mempunyai majoriti di dalamnya.
Kata beliau, DAP tidak menamakan calon perdana menteri kerana menerima hakikat politik sebagaimana parti itu tidak mampu menarik Ahli Parlimen dengan tawaran jawatan dalam syarikat milik kerajaan (GLC) atau agensi kerajaan untuk meraih kuasa.
“Kalau kita buat juga, bermakna kita telah membelakangkan prinsip serta reformasi PH yang telah dijanjikan kepada rakyat.
“Begitu juga sebagaimana sebelum ini ada yang mengatakan DAP parti Cina, sedangkan ada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melayu di dalamnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Tengku Zulpuri Shah, dalam DAP ketika ini ada lapan ADUN Melayu dan seorang Ahli Parlimen
Katanya, rakyat boleh menilai Ahli-ahli Parlimen yang sebelum ini menggunakan pelbagai dalil untuk menunjukkan mereka memperjuangkan agama dan bangsa, tetapi apabila sudah mendapat jawatan, terus senyap. – MalaysiaGazette
“Katanya, rakyat boleh menilai Ahli-ahli Parlimen yang sebelum ini menggunakan pelbagai dalil untuk menunjukkan mereka memperjuangkan agama dan bangsa, tetapi apabila sudah mendapat jawatan, terus senyap.”
Diantanranya adalah ko zulpuri.
Sebelum-sebelum kau, ramai dah orang melayu yang berjawatan tinggi dalam DAP menyesal masuk parti DAP. Tidak guna kau nak puji DAP melambung tinggi sangat, bukannya rakyat tidak tahu siapa DAP yang sebenarnya. Tunggulah masa sampai bila kau sedar atau tak sedar-sedar langsung.