Meor Mohd Hilmi Meor Zainun

KUALA LUMPUR – Pergerakan Wira Putra Malaysia mencadangkan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Sebaliknya, parti itu perlu memberi peluang kepada parti Putra untuk bertanding bagi mengelak berlaku pecahan undi dalam kalangan orang Melayu sebagaimana dakwaan Amanah.

Ketua Penerangannya, Meor Mohd Hilmi Meor Zainun berkata, Amanah perlu ingat, perjuangan Putra dengan parti diasaskan Mohamad Sabu itu jauh berbeza bagai langit dengan bumi.

Kata beliau, Amanah lahir dari perpecahan dalam Pas akibat kecewa kerana tidak mendapat tempat perbezaan aliran geng Pasma yang cuba menjatuhkan pimpinan tertinggi Pas.

“Sedangkan Putra lahir atas dasar perjuangan agama, bangsa dan kesedaran orang Melayu yang melihat kerakusan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara selama 22 bulan menyebabkan ekonomi tidak stabil, keselamatan terancam dan berlaku ketegangan antara kaum.

“Penyertaan Amanah dalam PRU-14 dua tahun lalu telah membuktikan berlaku pecah undi orang Melayu di kawasan yang ditandingi oleh Pas serta UMNO,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim yang menyifatkan hasrat Putra untuk meletakkan calon di 15 kerusi pada PRU akan datang hanya akan memecah undi parti lain yang bertanding.

Katanya, secara dasarnya Amanah tidak ada masalah dengan hasrat Putra untuk bertanding di Perak dan bukan sesuatu yang membimbangkan kerana bagi kerusi PH yang diwakili Amanah, persiapan awal sudah dibuat untuk berdepan PRU yang diramal berlaku bila-bila masa.

Muhammad Amirul Mahfuz Abdullah

Sementara itu, Ketua Wira Putra Perak, Muhammad Amirul Mahfuz Abdullah berkata, kewujudan parti itu bukan untuk memecah-belahkan orang Melayu tetapi dengan hasrat dan niat serta semangat iltizam tinggi bagi mengembalikan roh Melayu Islam di tanah air sendiri.

Katanya, sebagai tuan tanah seperti termaktub dalam Perlembagaan, dapat merasakan hak keistimewaan itu kian terhakis akibat tindakan dari parti Melayu sedia ada yang sanggup mengadai hak tersebut demi ingin berkuasa meraih sokongan bukan Melayu.

“Hakikatnya, Putra memberi jaminan tidak akan tunduk atau kompromi dalam mempertahankan hak agama Islam dan hak orang Melayu mengikut Perlembagaan.

“Kita akan terus mengorak langkah dan tidak akan menoleh ke belakang lagi dalam usaha meneruskan perjuangan parti ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Amanah parti serpihan PAS yg mana calon2nya adalah reject dari PAS. Demi islam, Amanah wajib undur dari PRU15 dan elak calon2 islam bertembung.

  2. Slm,kalau sama2 warga melayu tak boleh bercantum jdikn satu parti, itu tandanya perjuangn taksub kemelayuan &islm masuh menebal,soal amanah berpecah dgn pas apa kaitannya dgn pru ke 15?,cakap shjlah parti putra tu rakus dgn jwatan juga seprti persngai PAS,UMNO juga,&apa hak parti putra nak halang parti2 lain utk bertanding pru ke 15?,tidakkah pecah undi itu juga berhak bagi mana2 parti pun di dlm sistem demokrasi?,kenapa perlu takut dgn bayang2,@pakai pakaian PAS? @UMNO, krna lidah bila bertutur maka nmpak tembelang samada sifat kerealitian sesebuah parti politik itu,pru adalah medan utk semua parti politik, tiada undang2@akta yg mengatakn haram, @tak boleh, ingat pak serban, jubah, bukan tandanya ketulusan hati seseorg,walau di mana @smart mcmna pun nilaian suci, telus seseorg itu terletak pada hati seseorg…..
    والسلام…….

Comments are closed.