Sebanyak lima kes baharu positif Covid-19 dilaporkan setakat 12 tengahri ini dalam perkembangan baharu jangkitan pandemik maut itu di dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia sekaligus menjadikan jumlah kes positif di negara ini adalah sebanyak 8,668 kes.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 71 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.