Juan Mata.

LONDON – Pemain serba boleh Manchester United, Juan Mata dilaporkan berminat untuk menyertai kelab Turki, Fenerbache pada musim panas ini.

Laman web Turki, Sansursuz Futbol mendakwa rundingan telah dimulakan dan Mata dikatakan berminat untuk meninggalkan Old Trafford untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama ke Fenerbahce.

Pemain berusia 32 tahun itu menandatangani kontrak dua tahun baharu bersama United pada Jun lalu dan telah membuat 34 penampilan dalam semua pertandingan pada musim 2019-20.

Pemain Sepanyol itu hanya bermula 8 kali dalam kesebelasan utama United dalam Liga Perdana musim ini dan masih belum mencetak sebarang gol musim ini (menjaringkan 3 gol dalam Piala FA, dan Liga Europa).

Mata telah menjaringkan 48 gol dan mencatatkan 42 bantuan gol dalam 252 penampilan untuk The Red Devils sejak tiba dari Chelsea pada Januari 2014. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast