Foto Instagram PU Amin.

KUALA LUMPUR – Kembali seksi dengan pakaian menjolok mata, usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat kini mengundang kemarahan pendakwah dan bekas peserta Pencetus Ummah (PU) iaitu PU Amin dan PU Syed yang menggesa orang ramai memboikot ahli perniagaan itu.

Sejak belakangan ini, Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 35, berani memuat naik video dan foto dia berbikini di Instagram miliknya.

Amin berkata, walaupun dia pernah dikecam teruk sebelum ini, namun atas tanggungjawab dan kecintaan terhadap agama Islam, dia sekali lagi tampil bersuara di atas tindakan keterlaluan Sajat.

“Sebenarnya saya malas dah nak buat benda sama. Sejak 2018, benda sama yang berulang dan tak ada perubahan. Kecam, ugut dan ancaman saya dapat dulu sebab tegur benda macam ini, tapi disebabkan tanggungjawab dan sayangkan anak keturunan saya, maka saya minta netizen dan seluruh pengguna media sosial memboikot dan membuat aduan terhadap Instagram Sajat,” katanya menerusi Instagram.

Amin berkata, ketika mengerjakan umrah awal tahun lalu, dia ada ternampak Sajat dan rakan-rakannya di Masjid Quba di Madinah. Dia juga nampak mereka ketika melakukan saie.

“Mereka berpakaian wanita. Saya berdoa kepada Allah semoga diberikan hidayah. Saya laporkan kepada pihak berkuasa, tapi dia tetap kuat. Walaupun sudah mencium kelambu Kaabah sambil menangis, dia tetap ulang perkara sama,” katanya.

Amin berkata, dia tidak faham kenapa masih ramai netizen yang ‘mengagungkan’ Sajat di media sosial sedangkan tindakan Sajat disifatkan melampaui batas apabila seolah-olah cuba mempermainkan agama.

“Mari kita sama-sama boikot dia. Dulu kita pernah buat dan berjaya, sekarang kita lancarkan kembali. Ini tindakan sebaiknya. Saya juga mahu pihak berkuasa mengambil tindakan dengan memadamkan semua media sosial Sajat,” katanya.

Dalam masa sama, Amin turut mendoakan supaya Sajat menyedari segala perbuatannya dan diberikan hidayah.

Dalam pada itu, Syed turut terkilan dengan tindakan Sajat itu dan menggesa pihak berkuasa terutama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan tegas terhadap Sajat.

“Dia diberi kekayaan sehingga lupa halal dan haram. Dia diberi kemasyhuran, namun semuanya terpalit dengan pendustaan terhadap hukum agama.

“Saya masih menunggu pihak berwajib mengambil tindakan tegas kepada Sajat bagi mengelakkan fitnah yang lebih besar pada masa akan datang kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Sajat juga pernah menetus kontroversi apabila mengenakan pakaian wanita ketika mengerjakan umrah. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. covid ini bukan kerana sajad ke. lepas sajad pergi buat umrah covid pun sampai. masjidil haram pun ditutup. entah lah.

Comments are closed.