Datuk Dr Hatta Ramli
Mohd Hatta Md Ramli

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Setiausaha Politik kepada Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu, Mohd Azhar Che Mat Dali untuk siasatan berkaitan rasuah pada petang semalam.

Penahanan Mohd Azhar itu menyaksikan ibu pejabat parti itu di Wisma Amanah Negara di sini digeledah pada awal pagi ini.

Setiausaha Agung parti itu, Mohd Hatta Md Ramli berkata, tahanan reman SPRM yang dikenakan terhadap Mohd Azhar adalah keterlaluan dan tidak berprofesional.

Dakwanya, tindakan pengeledahan itu dilaksanakan penguatkuasa SPRM dengan membawa bersama Mohd Azhar tanpa mengemukakan waran geledah kepada pegawai keselamatan Wisma Amanah Negara.

“Apabila ditanya, mereka menjawab waran itu akan diserahkan kepada saudara Azhar yang telah dibawa bersama.

“Seterusnya SPRM telah membuat permohonan reman terhadap saudara Azhar di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini dan dibenarkan reman selama enam hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, menurutnya, Amanah menuntut SPRM agar bersikap profesional dalam menjalankan tugas dengan mengikut lunas-lunas perundangan dan prosedur dengan teratur.

Tambah beliau, Amanah yakin Azhar mampu memberi kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan SPRM itu dan tiada keperluan untuk suruhanjaya tersebut memohon penahanan reman.

“Hanya sekiranya beliau tidak hadir bila dipanggil dan tidak memberi kerjasama dengan SPRM mungkin ada alasan untuk dia direman.

“Amanah memandang serius tindakan SPRM yang bersifat keterlaluan. Sambil memohon supaya beliau diberikan hak untuk bertemu peguam sejajar dengan prinsip hak asasi dan perlembagaan.

“Kegagalan SPRM untuk menjalankan siasatan secara adil dan telus boleh menimbulkan tanggapan bahawa tindakan SPRM bermotif politik dan boleh menjejaskan imej institusi pihak berkuasa itu di mata umum,” tambah beliau.

SPRM dalam kenyataannya petang ini mengesahkan penahanan Mohd Azhar lewat petang semalam selepas memberikan keterangan di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

Menurut sumber SPRM, penahanan lelaki berusia 49 tahun itu untuk membantu siasatan berhubung penerimaan wang rasuah bagi membolehkan sebuah syarikat memperolehi satu projek secara runding terus bernilai RM56 juta di Kementerian Pertahanan semasa beliau bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan tersebut.

Kata SPRM, kes itu adalah kes terbaharu dan tiada kena mengena dengan isu bankrupsi dan pembayaran hutang yang disiasat pada tahun 2018 lalu.

Beliau telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk permohonan perintah reman di hadapan Majistret Shah Wira Abd Halim selama 6 hari sehingga 13 Julai 2020.

Siasatan dijalankan di bawah seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan didenda lima kali nilai suapan. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Hihi ini ke parti yg nk perjuangkn adilan, ketelusan n islam..pi lh pan..ko blh lh bkwan dgn dap kfir harbi yu..sama2 tak tahu halal haram…bgus sprm bekerja dgn baik…

  2. Masa kau jadi kerajaan setuju sahaja bila PAS di siasat oleh SPRM, walaupun kes 90 juta yang tidak masuk akal, kali ini baru kena siasat sikit dah melenting. Tak akan hendak minta rakyat simpati pula. Kalau tidak buat salah apa hendak takut. Najib bekas PM rumah kena selongkar pun boleh brtsabar, tak akan baru selongkar pejabat SU bekas menteri pertahanan tidak boleh bersabar.

  3. Wah! ko ingat rakyat lupa mcm mana zalimnya korang guna polis dan SPRM geledah rumah DS Najib bulan puasa berjam2..ko ingat rakyat lupa zalimnya korang sampai rumah Tun Rahah ibu Najib, isteri Tun Razak ko geledah…

  4. Kalau nak layan seperti sepasang kekasih, sampai mampus lah tidak akan terbongkar,
    Kalau tak buat salah tiada ada dipanggil atau buat siasat,
    Apa ingat duit puluhan ratusan jutaan itu kau punya, itukan duit amanat rakyat untuk pembangun kemudahan untuk faedah seluruh rakyat.
    Mana dia amanah bersih dan cekap tapi sebaliknya.
    KEMBANG JARAK KEMBANG JAGUNG
    BERANI BUAT BERANI TANGGUNG

Comments are closed.