Al Jazeera

KUALA LUMPUR – Agensi berita, Al Jazeera menafikan dokumentari bertajuk ‘The East 101: Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ sebagai tidak tepat, mengelirukan serta tidak adil seperti yang didakwa para pegawai Malaysia.

Agensi berita itu tetap berpendirian bahawa dokumentari mingguan The 101 East mempunyai reputasi kerana menghasilkan kewartawanan yang berkualiti tinggi serta mendalam.

Tambahnya, episod ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ mengandungi pandangan dan pengalaman individu daripada pelbagai latar belakang, termasuk doktor dan petugas barisan hadapan Malaysia.

“Seperti yang dinyatakan dalam filem itu, Al Jazeera mengiktiraf bahawa tindakan Malaysia telah berjaya membendung penularan Covid-19.

“Program itu jelas menunjukkan usaha kemanusiaan dilakukan oleh organisasi Malaysia yang menyediakan bantuan secara terus kepada keperluan migran.

“Episod itu tidak mengandungan pandangan peribadi sebarang kakitangan Al Jazeera,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang berdurasi 25 minit 50 saat itu dikritik rakyat Malaysia memandangkan ia mengecam layanan kerajaan terhadap pendatang tanpa izin ketika negara melaksanakan langkah-langkah penularan Covid-19.

Menurut kenyataan itu, agensi berita yang berpangkalan di Doha, Qatar itu cuba mendapatkan pandangan kerajaan dengan memohon temubual dengan beberapa menteri dan pegawai namun permohonannya tidak diterima.

Sementara itu, Al Jazeera melahirkan kebimbangan dengan siasat polis terdapa kakitangannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Ko tulis lockdown jer dah nampak ko ni jahil…bila masa plak Malaysia lock down bangang?? wartawan bodoh!

  2. Knapa pihak kerajaan tolak sesi temu bual tu, septtnya jmpa la dgn al jazeera tu bgi penjelasan yg btl spaya org ramai tk keliru…klau btl apa yg al jazeera kta tu nmpk mcm kerajaan hebat brckp dlm tv ja la tpi tkleh brfikir dari sudut positif trhadap komen yang diterima.

  3. Patut la kerajaan Mesir telah memenjarakan Tanpa bicara wartawan Al jazirah mohamod hosuain dah lebih1000 hari dan tiada simpati dari kerana kejahilan mereka..

  4. Tarik balik pas lawatan wartawan al-jahiliyah tu dan kalau berkeras lagi tutup pejabat dia.

Comments are closed.