Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

KUALA LUMPUR – Golongan transgender yang ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) perlu ditarbiah agar mereka kembali ke pangkal jalan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata,  Islam adalah agama yang mendidik dan pihaknya tidak mahu golongan transgender ditahan tanpa memberikan kesedaran kepada mereka.

“⁣Kita tidak hanya mahu tangkap semata-mata tetapi yang paling utama adalah tarbiah (pendidikan) dengan cara yang paling berhikmah supaya mereka semua (transgender) kembali ke pangkal jalan.

“Islam adalah agama yang mendidik. Ini perlukan usaha yang bersepadu dari semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama),” katanya menerusi laman sosial Facebook rasmi milik beliau di sini hari ini.

Zulkifli juga memberi lesen penuh kepada semua penguat kuasa JAWI untuk melaksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun beliau berkata, ia harus dibuat dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. – MalaysiaGazette