Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berucap pada Sarapan Pagi dan Dialog Bersama Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Cawangan Kampung Nakhoda di Kampung Nakhoda, Gombak, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 11 JULAI 2020.

GOMBAK – Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin tidak relevan ekoran tindakan zalim yang dilakukan oleh pemimpin sendiri.

Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia dapat dilihat menerusi pemecatan keanggotaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha baru-baru ini.

“Keadilan (PKR) sudah tidak lagi relevan. Sejak beberapa tahun ini Parti Keadilan sudah tercalar dan rakyat sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan yang ada pada hari ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika ditemui pada lawatan kerja beliau di Kampung Nakhoda di sini hari ini.

Menurut Mohamed Azmin, ramai dalam kalangan ahli PKR termasuk para pemimpin tertingginya ada yang merasakan parti itu sudah tidak lagi diterima masyarakat.

Katanya, mereka cuba berbicara mengenai reformasi dan keadilan tetapi mereka tidak boleh melakukan keadilan kepada ahli sendiri.

“Bagaimana mereka boleh membawa prinsip keadilan dalam pembangunan negara kalau prinsip keadilan ini tidak dapat diterjemahkan dalam proses tindakan disiplin terhadap mana-mana anggota di dalam parti.

“Dan sebab itu bagi saya YB Haniza seorang pemimpin yang cukup dihormati bukan soal dalam kerajaan atau parti,” ujarnya.

Dalam pada itu Azmin berkata, tindakan Haniza menubuhkan pertubuhan Nation Of Women (NOW) merupakan langkah yang baik untuk beliau meneruskan perjuangannya dalam membela nasib wanita.

Katanya, perkara itu adalah lebih baik daripada beliau kekal dalam kerajaan atau parti sehingga dianggap ‘pengemis’ kepada pemimpin yang zalim.

“Yang penting beliau hendak meneruskan perjuangan menerusi pertubuhan yang dibentuk NOW. Untuk menggerakkan terus seluruh wanita menjadi penggerak utama dalam pembangunan negara.

“Saya rasa prinsip ini lebih baik daripada kekal dalam kerajaan atau parti tetapi menjadi pengemis kepada pemimpin yang zalim,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Min…
    Kalau ikut parti tindakan ini adalah yg terbaik.
    Hapuskan sisa sisa anai2 dalam parti
    Cuma sebagai ahli pandan nak tanya.
    Khianat pada parti itu perbuatan baik ke?

    Berkomplot dgn parti perompak & penunggang agama yg selama ini menjadi slogan melawan mereka tu bagaimana pula.

    Bukan kah dah subahat nama nya
    Layaklah digelar min pengkhianat, perompak & penunggang agama.

    Tak apa min.
    Kita tngk bila ada pru nanti.

    Nak tngk min yg mendapat sokongan masyarakat @ pkr.

    Menyesal saya min.
    Berkempen bantu awal bagai nak rak utk menyebelahi awak ketika min sebagai timb presiden pkr.
    Walau pun saya dari cabang pandan@rafizi.

    Tak apa min.
    Ini kalilah…

    Tak ada tempat bagi pengkhianat dalam diri reformer@pecinta keadilan.

    Semoga kamu min dilaknat Allah.
    Aamiin
    Sia sia kan pengorbanan kami selama lebih 20 tahun.

  2. Slm, Azmin kata pkr, x releven lagi,buktinya? Faktanya,sebb x wujud lagi kah pkr tu di M’sia ini ko?@kamu yg x relevan lagi,mcm katak pisang,mcm tupai, moyet kut, dengor bulinten kamu buat parti baru,ok la tuuu, tentu ianya relevan kut,sebb putih bersih,tpi bossnya jenis manusia tak berperinsip kut,nak jadi bosss la apa lagiiii,warga M’sia dah peka betul kamu ni Azmin,dari pkr, lompat ke pbb,cadangn nak gi ke gerakkn tank jdi, sebb tak boleh jdi boss, @takkn di pilih sebgai calon pru@prk bila tiba masanya,,,ha, ha, ha,hi,hi,hi,he,he,he,anda ingat anda, boleh tipu warga M’sia dgn otak kamu yg ciput tuuuu! sekalila dgn Zuraidah tuuu satu geng 6 jahannam,,. …@11 jahannam…
    والسلام…

  3. Arif muluk dan yakin saleh,, klau mcm nii lah bahasa kamu memang sesuai sangat la kamu duduk dlm pH – parti hancingg… Bahasa kamu dua ekor pun bahasa hancing, elok sangat la tu.. Lagi banyak cakap merapu dan mental mcm nii, sebenarnya lagi rakyat Menyampah, meluat dan yg duduk dlm pun akan keluar,, saya doakan Semoga lebih ramai akan keluar ,bukannya dari pkr tpi dari pH sendiri,, awak Kata parti penunggang agama, parti perompak,, monyet, tupai, katak dll.. Cuba kamu bukak mata tu besar²tengoklah kawan2 disekiling kamu, aku tengok pun Kebanyakannya perompak besar,, dari bapak Sampaikan ke anak²..kaya raya,, tu lah yg kau ambik jdi pemimpin dan pm.. Dah 22 tahun masih lagi tamak, dpt jugak lah 22 bulan,, lepas tu nak lagi sbb rasa mcm tak cukup nak bolot bagi pd anak cucu,, padahal dah kaya raya.. Tu pun salah seekor katak besar yg wujud,, tu lagi satu ahli² Pan,, dulu mengatakan org, kemudian jilat balik.. Tu semuanya monyet, tupai, katak yg lari sbb tak menang nak jdi ketua dlm Pas dahulu… Ambiklah sampah²tu semuanya Kitoorang pun tak hinggin…tu semuanya kami anggap dah mcm sampah dan berak² yg patut dihanyutkan,, Kalau nak jual pun, jika org yg Pandai menilai,, susah nak laku tu..!! Kau dua ekor sebenarnya sakit hati bila org tak Sokong parti pH.. Tambahan dah 22 bulan perintah tiba² hilang jawatan dek kebodohan pemimpin yg kau Kata sbgi monyet, katak tdi.. Padan lah dgn muka kau org ..Apa yg baiknya dan hebat sangat kau punya parti,, dah lah manifesto kencing… Dah dpt perintah mcm tak percaya pulak mcm mana boleh menang… Dah masing2 hilang jawatan,, terkejut Beruk pulak, memang Padan lah sbb dlm tu banyak beruk² …tupasal kau kikis kebun² tabung haji milik umat Islam.. Org yg tak tau jaga harta milik umat Islam memang patut ditalkinkan awal² ¡¡¡ Teringat pulak aku cerita tiga abdul… Asyik² nak jual,, akhirnya diri sendiri kena jual,, Padan lah dgn muka kau masing2…..

Comments are closed.