Vintage Flea Market dan Shah Alam Food Hall merupakan tempat lepak baharu di Shah Alam. Foto: PKNS

SHAH ALAM – Warga Shah Alam yang sudah tidak tahu mahu ke mana bagi menghabiskan cuti hujung minggu kini boleh cuci mata dan lepak di Vintage Flea Market  dan Shah Alam Food Halls yang terletak di SACC Mall.

Waktu operasi adalah Jumaat hingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 8 malam.

Antara yang menarik perhatian sememangnya pameran kereta antik, ‘Paddle Car’, basikal antik dan jualan barangan antik yang pasti menggamit memori pengunjung dengan penglibatan lebih 50 penggemar barangan antik, figura dan barang mainan mempamer dan menjual barangan kesayangan mereka seperti kamera, seterika, pinggan, cermin dinding, dan keris.

Terdapat juga jualan makanan dari tradisional ke barat yang terkenal di Instagram seperti dolcechoices, The Koosheng, yummypudingcaramel, trompet dan manisanfudge.

Program yang bermula pada minggu lepas telah berjaya mendapat sambutan menggalakkan.

Program anjuran Classy Avenue Resources itu  bertujuan untuk menggalakkan aktiviti ekonomi domestik serta membantu meringankan beban para peniaga yang terkesan dengan wabak pandemik Covid-19 dan pelakasanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak Mac lalu.