KUALA LUMPUR – Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata Malaysia mencatatkan sejarah tersendiri apabila menggugurkan jawatannya.
Ujarnya, tindakan itu tidak pernah berlaku di mana-mana negara sebelum ini.
“Apa yang berlaku sekarang di luar pada biasa dan saya tak tahu samada terdapat negeri-negeri lain melainkan Trinidad dan Tobago yang melakukan perkara sebegini.
“Trinidad usir Speaker pada 1990an sebab Speaker itu lakukan kesalahan rasuah.
“Tapi tidak ada apa-apa contoh lain selama 800 tahun tak pernah seorang Speaker diusir sebelum tamat tempoh satu-satunya Parlimen,” katanya dalam sidang media hari ini.
Mohamad Ariff digugurkan daripada jawatannya apabila usul Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diterima 111 Ahli Parlimen dan 109 menolak usul berkenaan.
Dalam masa yang sama, Mohamad Ariff berkata, beliau tidak ada masalah untuk berundur.
“Saya sendiri tidak ada masalah sikit pun. Sejak dari awal lagi saya sudah beritahu saya akan keluar jika Perlembagaan Persekutuan dipatuhi.
“Ia telah dipatuhi iaitu terdapat usul dan undian dah diambil. Jadi akhir kata Ahli-ahli Parlimen yang putuskan. Bukan Perdana Menteri atau Kabinet.
“Inilah sistem Perlembagaan Persekutuan kita,” katanya lagi.
Mohamad Ariff digantikan dengan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun. – MalaysiaGazette
So what? Yang penting tak salah segi undang2 mahupun perlembagaan. Boleh belah, tak payah bagi alasan.
Mohd Ariff kamu digugurkan kerana bersikap berpihak-pihak terutamanya kepada DAP yg terang lagi bersuluh bersikap anti melayu dan Islam…
OK la tu, Trinidad dan Tobago pernah melakukannya!
Walaubagaimanapun didalam negara sudah jadi hari ini dalam sejarah bilamana Speaker diBUANG dari dewan!
Tanpa Nama..ko ni bodoh ke bebal…speaker tu tak dapat sokongan undi laaa..tak kan nak syok sendiri nak stay?Lg pun dia speaker DAP… Guang Eng menipu dlm parlimen pun di kecut teloq nak ambil tindakan….setakat catat sejarah tu..mana ada PM Interim selama ni? tu pun catat sejarah juga tu bahalol
It is good news for all Malaysians. This guy has been very bias towards DAP and PH. He has given a lot of room for Jelutong to make fun on UMNO dan DSN. This day marks a historic win for truth and justice in this country. Thank God TSM and all of us survived from the evil leaders of PH. It is also good to see PH sits as the opposition in parliament. Let us pray that truth, justice and peace will prevail in Malaysia for another two and plus years. May God save us all and our beautiful Malaysia.
Selamat jalan, Tuan Speaker.
Ma’alaun Shake ni ke shake betul2 kepala hotak dia, agaknya barulah silembab ni dapat digest apa yang dimaksudkan oleh tanpa nama!
Kalau tidak kekal BODOH selama2nya!
Bagus lah tu, boleh masuk book of Guinness records,