KUALA LUMPUR – Pasangan YouTuber terkenal, Sugu dan Pavithra menerima anugerah ‘Silver Play Button’ oleh laman perkongsian video berkenaan.

Pavithra, 28 tahun, berkongsi keterujaan dan kegembiraannya menerima anugerah tersebut menerusi video terbaru yang dimuatnaiknya.

Anugerah tersebut diberikan kepada Pavithra yang terkenal dengan bakat memasak, selepas mendapat lebih 100,000 langganan di YouTube.

Dalam bungkusan yang diterimanya, turut diselitkan sijil daripada YouTube.

Sugu sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada seorang wanita yang dikenalinya sebagai Seri kerana telah memperkenalkan dan mengajarnya tentang manfaat YouTube.

“Seperti yang anda tahu, orang pertama yang saya nak ucapkan terima kasih ialah kakak Seri sebab dialah orang pertama yang memperkenalkan Youtube kepada saya dan ajar saya macam mana nak buat video dan upload dalam Youtube,” katanya.

Sugu mendapat perhatian rakyat pelbagai kaum dalam negara ini sejak Januari yang lalu, kerana sering berkongsi cara memasak pelbagai menu. – MalaysiaGazette