Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim hari ini diminta menarik balik perkataan ‘gelap’ yang diucapkan ketika Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kashturi Patto mempersoalkan tentang senarai ahli Jawatankuasa Pemilih Parlimen Malaysia.
Kasthuri bangun sebaik sahaja Speaker Dewan Rakyat yang baharu, Azhar Azizan Harun selesai membacakan nama-nama ahli yang dicadangkan menganggotai jawatankuasa tersebut dan mempertikaikan mengapa tiada nama wanita.