TERKINI : POLIS… Kawal Ketat Pergerakan Masuk ke Parlimen

Persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini merupakan saat yang dinanti-nanti pelbagai pihak setelah tertangguh sejak berbulan-bulan akibat penularan pandemik Covid-19 di negara ini.

Pastinya persidangan Parlimen kali ini agak berlainan sama sekali kerana ia merupakan mesyuarat kali pertama Dewan Rakyat di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Tinjauan MalaysiaGazette hari ini mendapati sekitar luar pekarangan bangunan Parlimen berlaku kesesakan luar biasa sepanjang 500 meter susulan penutupan Jalan Parlimen kepada kenderaan awam.

Malah susur masuk ke Jalan Parlimen dari Lebuhraya Sultan Iskandar juga dikawal ketat polis trafik bagi menghadkan pergerakan masuk kenderaan awam.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast