Liga Perdana Inggeris
Liga Perdana Inggeris

LONDON – Tottenham menjulang kemenangan setelah membenam Arsenal 2-1 ketika skuad kendalian Jose Mourinho kembali di depan.

Manakala Bournemouth mengekalkan peluang mereka kekal di Liga Perdana menerusi kemenangan 4-1 mengatasi Leicester dalam perlawanan awal pagi tadi.

Mourinho berdepan kritikan teruk selepas Tottenham gagal dalam pemburuan ke Liga Juara-Juara dengan hanya satu kemenangan dalam tiga perlawanan.

Namun gol kemenangan Alderweireld berbaki sembilan minit permainan, membawa Tottenham kembali merebut tempat dalam saingan Liga Europa musim depan.

Tottenham kini di kedudukan kelapan, dua mata di atas Arsenal dan dua mata di belakang Sheffield United ketika mereka cuba mengelak gagal beraksi di Eropah buat pertama kali sejak musim 2009-10.

Pada saingan sulung tetangga London di Stadium Tottenham Hotspur, Alexandre Lacazette meletakkan Arsenal di depan pada minit ke-16 namun Arsenal hanya bertahan tiga minit apabila hantaran Sead Kolasinac dipintas Son Heung-min sebelum mengatasi penjaga gol, Emiliano Martinez.

Pada minit ke-82, pertahanan Belgium, Alderweireld melompat tinggi untuk menyambut hantaran lintang Son untuk gol kemenangan.

Di Dean Court, Leicester meledak selepas 23 minit ketika Jamie Vardy menjaringkan gol liga ke-23 musim ini dan mengekalkan kelebihan untuk gelaran Kasut Emas namun tewas 1-4.

Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi:

Bournemouth 4 (Stanislas 66-pen, Solanke 67, 87, Evans 83-gs) Leicester 1 (Vardy 23)

Tottenham 2 (Son 19, Alderweireld 81) Arsenal 1 (Lacazette 16) – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast