Rawatan Pinkish Kpop semakin popular.

KUALA LUMPUR – Wajah yang kelihatan lesu dan kusam sedikit sebanyak mencacatkan penampilan seorang individu malah ia mungkin mengurangkan keyakinan diri.

Tampil dengan wajah berseri-seri tanpa mengenakan solekan tebal terutama buat golongan wanita membuatkan sesiapa sahaja tertarik.

Hakikatnya, untuk mendapatkan wajah sihat dan cantik tidak memerlukan belanja terlalu mahal atau perlu mengambil suntikan tertentu yang tidak diketahui kesan sampingannya.

Sebenarnya masalah itu boleh ditangani tanpa banyak kesan sampingan sekiranya dirawat dengan betul atas nasihat pakar estetika atau pusat kecantikan bertauliah.

Kulit muka pelanggan akan dianalisis dahulu sebelum membuat rawatan.

MBH Medispa yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras antara yang menawarkan rawatan dinamakan Pinkish Kpop untuk merawat wajah yang bermasalah agar kembali berseri dan sihat.

Malah lebih menarik rawatan tidak mengambil masa yang lama tidak satu jam dan pengunjung pasti terleka dan terbuai ketika wajah diusap manja.

Bagi yang risau dengan rasa pedih di muka, buang jauh-jauh perasaan itu kerana anda boleh tertidur ketika rawatan berjalan.

Rawatan Pinkish Kpop ini bermula dengan membuang dan menanggalkan sel kulit mati dengan mencuci muka lebih terperinci daripada segala kotoran.

Wajah pelanggan akan dilakukan microdermabrasion iaitu rawatan khas untuk membuang sel kulit mati.

Langkah pertama ini penting untuk mengembalikan kesegaran pada wajah yang kusam dan lesu selain bagi menampakkan  kulit lebih bersinar.

Rawatan yang meliputi enam Langkah ini diteruskan dengan lulur muka sebelum alat wap digunakan untuk membuka liang pori dan membuang whitehead (bitnik putih) serta blackhead (bitnik hitam) dengan mudah.

Seterus wajah anda akan dilakukan microdermabrasion iaitu rawtaan khas untuk membuang sel kulit mati. Selepas itu, pelanggan akan dipakaikan clay selama 10 minit untuk menaikkan seri wajah.

Tanpa disedari, anda sudah sampai di langkah terakhir apabila wajah diletak krim pelembab dan krim pelindung matahari bagi melindung kulit.

MBH Medispa yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras kembali diserbu pelanggan selepas pusat spa dibenarkan beroperasi.

Rawatan Pinkish ini sebenarnya adalah rawatan terbaharu dari MBH Medispa dan ia sesuai untuk semua jenis kulit dan jangan risau tiada kesan sampingan selepas rawatan.

Bagi mereka yang ingin mencuba rawatan ini yang hanya berharga RM259, boleh menghubungi 01132363754 untuk tempahan waktu atau maklumat lanjut.

Harga promosi iaitu RM119 turut ditawarkan kepada golongan syarat yang yang memiliki kad pelajar.

Sementara itu, MBH Medispa telah beroperasi selama lebih 10 tahun dan popular dengan rawatan parut dan jerawat yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di dalam pasaran.

Selama ini, MBH atau nama penuhnya, Maya Beauty House telah mendapat pengiktirafan memenangi beberapa anugerah dalam kategori perkhidmatannya dan kini telah berkembang dengan memiliki lebih 20 cawangan di seluruh Malaysia.

Pada masa sama, MBH turut mengeluarkan rangkaian produk kecantikan kulit seperti pencuci, serum dan krim pemutih dan pencerah. – MalaysiaGazette

Pakar kecantikan mematuhi Prosuder Standard Operasi yang ditetapkan ketika melakukan rawatan.