MADRID – Pemain tengah menyerang, James Rodriguez terus tersisih dalam senarai utama Real Madrid apabila pengurus Zinade Zidane masih tidak berminat dengan pemain berusia 29 tahun itu dalam tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini.
ESPN bagaimanapun melaporkan pemain itu sendiri yang telah meminta untuk disisihkan daripada perlawanan kerana jika disenaraikan dalam skuad perlawanan itu, Rodriguez sedar tetap dia akan hanya memanaskan bangku simpanan.
Sejak kembali daripada pinjaman di Bayern Munich selama dua musim, pemain antarabangsa Columbia itu gagal mendapat tempat di dalam skuad Zidane.
“Satu situasai yang sangat sukar apabila jurulatih anda langsung tidak memberikan anda minit permainan.
“Jadi bagaiman untuk anda membuktikan apa yang anda mampu lakukan. Saya bukanlah pemain utama pasukan, ianya jelas,” luahnya kecewa.
Pada musim lalu, Rodriguez yang mendedahkan dia telah dihalang untuk berpindah antaranya ke Atletico Madrid berkata, dengan tidak mendapat tempat kini, dia merasakan lebih baik dirinya langsung tidak menyertai mana-mana perlawanan.
Los Blancos dikatakan bersedia untuk melepaskan James Rodriguez pada jendela perpindahan musim panas dengan harga yang lebih murah sekitar £22.5 juta.
Namun, ia masih tidak mampu untuk menarik minat mana-mana pasukan untuknya.
Sehingga kini, hanya beberapa pasukan telah dikaitkan dengan pemain tersebut antaranya Manchester United, Arsenal, Everton dan Wolves.
Namun, belum ada tawaran rasmi untuk membawa keluar Rodriguez daripada Santiago Bernabeu.
Begitupun, ROdriguez secara berterus terang berkata, jika perpindahannya mahu direalisasikan, United adalah destinasi seterusnya buat dirinya.
Untuk menyertai The Red Devils, Sport melaprkan Rodriguez perlu mengorbankan gaji ratusa ribu seminggu di Real Madrid ketika ini.
Malah dengan lambakan pemain di jentera tengah, mungkin kehadiran Rodriguez tidak akan dialu-alukan. – MalaysiaGazette