KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen, Khalid Abdul Samad (Shah Alam-PH) bertindak keluar dewan dipercayai kerana ‘panas telinga’ selepas diasak bertubi-tubi oleh Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pasir Putih-Pas).
Pada mulanya berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua dengan Nik Muhammad Zawawi mengingatkan Khalid bahawa beliau akan kehilangan kerusi Parlimen Shah Alam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.
“Kita bertanding dan tentunya Shah Alam berada di Shah Alam dan bukannya di dewan ini.
“Shah Alam kena tunggu dan Shah Alam ingat apa yang saya sebut dalam sedikit masa lagi Shah Alam akan tahu di mana tempat duduk Shah Alam,” kata Nik Muhammad Zawawi.
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu Khalid bingkas meninggalkan ‘tempat duduk’nya di dalam Dewan Rakyat sebaik Nik Muhammad Zawawi menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Diraja.
Tindak tanduk Khalid itu disedari Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau-BN) yang kemudian memberitahu dewan ‘Shah Alam sudah lari’.
Namun, Khalid kemudian menjawab bahawa beliau tidak lari, sebaliknya hanya berjalan-jalan sebelum kelibatnya tiba-tiba hilang dari Dewan Rakyat.
Sebelum perbahasannya dicelah oleh Khalid, Nik Muhammad Zawawi merakamkan penghargaan terhadap semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang sanggup mengorbankan kepentingan dalam parti masing-masing demi menjayakan gagasan yang mulia itu. – MalaysiaGazette
Bila belah dia segalanya ‘baik dan mulia’…ada nas belaka…esok bila dah bersengketa…keluar semula la isu kafir mengkafir, segalanya tak sah, putus sedara…
politik oh politik…bila lah kesudahannya?
Dengki ke?
Manusia yg busuk hati je tak bole tgk org Melayu bersatu.
Meras benci dgn kesatuan Melayu dan Islam
Allah berfirman dalam Al Quran bermaksud begini: Berpegang teguhlah dengan tali Allah dan janganlah berpecah belah dan hendaklah bersatu nescaya kamu akan menjadi kuat gagah. Dah ada 3 parti Melayu (PPBM UMNO PAS dan lain2 dah sangat baik dah tu. Ada orang2 Melayu yang lain yang masih belum terbuka Mata Hati mereka buat masa ini lagi. Inilah akibat banyaknya parti Melayu dan yang masih terikutkan acuan Barat kafir laknat Teori Machiavellianisme menghalalkan cara. Berpegang kepada Ugama Bangsa Dan Negara berlandaskan Islam sahaja terjamin keselamatan kita. Janganlah kita sendiri menjadikan alat untuk mereka. Lihat pandang dan renungkanlah jauhjauh baikbaik bagi kita semua. Insyak Allah…………!
Alquran tu benar belaka.
Termasuklah yg menyatakan bohong itu berdosa.
Mengkafirkan orang islam lagi berdosa.
Fitnah juga dosa yg berat utk diampunkan.
Terima rasuah & bersekongkol dengan parti rasuah & perompak adalah satu perkara yg keji.
Perkara ini ada dalam diri @ jiwa pemimpin pas.
Adakah pas perlu dijadikan ikutan.
Ikutan ke neraka@dosa ?
kalau dah habis peluru lari dulu lah. nanti dapat peluru baru boleh masuk balik