Novel Baswedan. foto Agensi

JAKARTA – Dua polis Indonesia dipenjara susulan serangan asid yang dilakukan ke atas penyiasat antirasuah.

Serangan ke atas Novel Baswedan tiga tahun yang lalu telah menyebabkan dia buta dan disyaki ada kaitan dengan kes rasuah yang sedang disiasatnya.

Anggota polis tersebut ditangkap setelah Presiden Joko Widodo memerintahkan kes itu dibuka semula.

Tetapi peguam mangsa mengatakan hukuman dua tahun satu setengah tahun yang dikenakan ke atas kedua-dua tertuduh adalah terlalu singkat.

Semasa serangan itu, Baswedan disimbah asid oleh Rahmat Kadir Mahulette yang menyimbah asid sedang menunggang motosikal bersama rakannya, Ronny Bugis.

Mahulette dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan Bugis satu tahun setengah.

Peguam mangsa, Muhammad Isnur, hukuman yang dikenakan ke atas tertuduh-tertuduh itu ‘menyedihkan’.

“Keputusan itu membuktikan tahap ketidakadilan (terhadap Baswedan) dan tingkat ketidakadilan bagi mereka yang melakukannya, tidak akan melakukan apa-apa untuk mencegah pelaku melakukan jenayah seperti itu lagi,” katanya.

Baswedan pula berkata, dia telah memaafkan pelaku.

“Saya telah terima apa yang berlaku kepada saya dan masih bersemangat tinggi untuk terus memerangi rasuah,” ujarnya.

Serangan asid  terhadap Baswedan berlaku ketika dia berjalan pulang setelah bersolat di masjid telah mengejutkan Indonesia.

Perjuangannya selama tiga tahun untuk keadilan dipandang sebagai kes ujian betapa seriusnya pemerintahan Joko Widodo ketika ini untuk memerangi rasuah di negara ini.  – MalaysiaGazette