Kamaruzzaman Kamaludeen hadir ke mahkamah atas dakwaan terhadap empat pertuduhan menyalahgunakan harta dan wang milik sebuah syarikat berjumlah RM96,780 antara Disember 2014 hingga Mei 2015 di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 17 JULAI 2020

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat bersama sahabatnya didakwa di Mahkamah Seksyen KL hari ini kerana membuat tuntutan palsu kepada Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA) sebanyak RM1,225,000 pada Disember 2014.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut dan mohon dibicarakan.

Kedua-dua mereka, Gulam Rusol  Md Ismail yang merupakan bekas pengarah syarikat Natureceuticals Sdn Bhd bersama-sama Kamaruzzaman Kamaludeen bersubahat mengemukakan permohonan palsu itu.

Mereka berdua telah menuntut pembayaran balik bagi pembelian ‘stickpack machine’ berjumlah RM1,225,000  dengan meletakkan butiran serta invois palsu dengan niat memperdayakan MOA.

Gulam Rusol Md Ismail hadir ke mahkamah bagi pendakwaan berkaitan tuntutan palsu kepada Kementerian Pertanian Malaysia di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 17 JULAI 2020Dalam permohonan itu, kedua-dua tertuduh juga telah bertindak melampirkan baucer bayaran palsu sedangkan pembelian ‘stickpack machine’ itu tidak pernah dibekalkan.

Ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan sebentar tadi, kedua-duanya di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh di hukum di bawah Seksyen 24 Akta sama.

Di bawah akta ini, tertuduh berhadapan dengan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai butiran palsu seandainya nilai itu dapat dinilai atau RM10,000 mengikut mana-mana yang tinggi.

Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi kemudian menetapkan jaminan RM30,000 untuk Gulam manakala Kamaruzzaman pula sebanyak RM20,000 dengan meminta pasport mereka diserah kepada mahkamah.

Sebutan kes telah ditetapkan pada 17 Ogos depan.

Kedua-dua tertuduh telah meminta jumlah wang jaminan mereka dikurangkan kerana   masing-masing tidak berkemampuan membayarnya, namun Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohamad Fadly Mohd Zamry mahu jaminan sebanyak RM50,000 dikenakan terhadap mereka. –MalaysiaGazette