KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor diingatkan agar tidak menjadikan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk rakyat negeri itu sebagai skim untuk memancing undi.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, kerajaan negeri itu harus bersungguh-sungguh dalam melaksanakan perkara tersebut tanpa mempunyai niat yang terselindung.
“Jangan jadikan skim pancing undi bila dengar ura-ura nak PRU (pilihan raya umum) awal baru nak sibuk bantu rakyat.
“Kalau nak buat, buat betul-betul dan kena berterusan, jangan sekejap ada, sekejap tak ada macam sabut timbul dan tenggelam,” katanya menerusi hanyata di Facebook.
Dalam perkembangan sama, Noh turut menyokong usaha yang dilakukan oleh kerajaan Selangor itu.
Noh memberikan respon tersebut setelah mendapat maklum baahwa kerajaan Selangor kini mahu memperkenalkan semula SMUE untuk rakyat di negeri itu.
SMUE merupakan skim khairat kematian warga emas dan orang kelainan upaya dan mereka layak menerima sebanyak RM2,500 sejak diperkenalkan pada tahun 2008.
Bagaimanapun, pada 1 Mei tahun lalu, program itu dihentikan dan diganti dengan pemberian manfaat semasa hidup di dalam bentuk Jom Shopping sebanyak RM100 setahun. – MalaysiaGazette
Skim telus
Kalau BN tabur duit juta masa PRK CHINI PRU14..boleh….pulak yea
Prk chini bebas kempen aduan rakyat
BN tabur duit
Tabur bèrita karut
Satu dia bawa orang politik
Guna jabatan kerajaa n kempen
Boleh pulak yea?
Marah nampak