Gambar hiasan

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) merupakan sebuah pemikiran yang diterapkan daripada era penjajahan telah memudaratkan negara.

Bahasa Malaysia dan bahasa ibunda merupakan “bahasa minda” secara mutlak di luar Bangsar, Mont Kiara, Petaling Jaya, P.Pinang, Johor Selatan, Kuching dan Kota Kinabalu.

Bahasa Inggeris merupakan sebuah bahasa eksklusif kepada golongan bandar kota khususnya keluarga berpendapatan tinggi.

Pengajaran di luar bahasa minda seperti Bahasa Inggeris menyebabkan ramai pelajar tidak dapat menguasai ilmu teknikal dan kemahiran.

Malah, kebanyakan pelajar bukan Melayu memiliki penguasaan Bahasa Malaysia lebih tinggi berbanding bahasa Inggeris kerana penggunaan Bahasa Malaysia secara umum dalam hal ehwal hariannya.

Tiada sebarang statistik dan kajian yang kukuh yang menunjukkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik meningkatkan perkembangan sains dan teknologi negara tersebut.

Negara yang sangat canggih dari aspek teknologi di dunia seperti Russia, China, Jerman, Perancis dan Sepanyol memberikan penekanan kepada penguasaan ilmu bukannya kepada bahasa Inggeris.

Negara Anglo (Kanada, Australia, New Zealand, British dan Amerika Syarikat) bukan negara pengeluar teknologi tanpa mencuri individu cerdik pandai daripada negara Dunia Ketiga seperti Malaysia.

Kebanyakan cerdik pandai, penyelidik, jurutera, ahli akademik, pensyarah di negara Anglo adalah daripada negara Asia, Afrika, Amerika Selatan dan Eurasia.

Penekanan penguasaan Bahasa Inggeris dalam pendidikan umum oleh negara membangun seperti Malaysia, Filipina, India, Pakistan Rwanda, Nigeria, Kenya dan Afrika Selatan sedang hilang ramai golongan cerdik pandai kepada negara Anglo.

Kajian Bank Dunia menunjukkan bahawa pada 2013 seramai 308,834 warga Malaysia daripada pelbagai etnik dengan ilmu teknologi tinggi telah “diimport” ke luar negara khususnya ke negara Anglo.

Malaysia telah melaburkan berbilion-bilion ringgit hanya untuk diimport oleh negara Anglo sehingga membantutkan perkembangan kapasiti tempatan kerana termakan dengan idea pengagungan Bahasa Inggeris. .

Segelintir individu mungkin berasa cemas dengan Bahasa Malaysia kerana ramai ahli politik daripada parti kaum dan agama menggunakan isu bahasa ibunda sebagai modal politik untuk undi.

Maka, komuniti Melayu perlu memainkan peranan untuk mempelopori pendemokrasian Bahasa Malaysia kepada semua masyarakat umum untuk mengembangkan penggunaannya serta memberi pelindungan kepada bahasa ibunda komuniti lain.

SHARAN RAJ adalah Ahli Jawatankuasa Pusat, Parti Sosialis Malaysia (PSM) & Pengerusi Negeri, Parti Sosialis Malaysia Negeri Melaka (PSM Melaka)

 

2 Komen

  1. Program bagus
    Tapi bajet membazir lah
    2007 -2018
    ;
    Berapa bilion bazir dan di makan puak puak penyangak
    Sape tu?

  2. India bahasa pengantar di sekolah guna English, tidak kemana pun, maju dan mundur sesuatu negara itu bergantung kepada disiplin rakyat tersebut.

Comments are closed.