Tan Sri Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri tidak menyatakan kerajaan akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebaliknya, periksaan itu perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa hadapan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, UEC telah mendapat pengiktirafan
sebahagian (partial recognition) apabila kerajaan pada masa lalu telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

”Kerajaan pada tahun 2012 telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti program PISMP dalam bidang Bahasa Cina dengan syarat mereka lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memperolehi sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu,” kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas isu pengiktirafan UEC dibangkitkan dalam pertemuan pimpinan Hua Zong dengan Muhyiddin pada 16 Julai lalu.

Sebelum ini, Hua Zong mendakwa, Muhyiddin secara peribadi berharap pada suatu hari nanti kerajaan akan mengiktiraf UEC.

Menurut pertubuhan itu, Muhyiddin juga menyatakan harapan tersebut semasa mereka mengadakan pertemuan di bangunan Parlimen.

Hua Zhong turut mendakwa Perdana Menteri menyatakan kesanggupan kerajaan berunding dengan mereka serta pertubuhan lain mengenai isu UEC.

“Bagaimanapun Perdana Menteri meminta semua pihak memahami dasar dan keadaan dalam negara,” kata pertubuhan itu.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu Tian Khiew juga mahu Muhyiddin mengotakan janji untuk mengiktiraf UEC seperti mana yang dijanjikan beliau dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sewaktu masih bersama Pakatan Harapan (PH).

Katanya, meskipun Muhyiddin dan Bersatu sudah tiada dalam PH namun ia bukan satu alasan baik untuk mengenepikan janji pengiktirafan yang pernah dipersetujui mereka. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Ke arah Malaysia Harmoni
    1. Jadikan semua sekolah satu aliran .
    2. FPN menjadi teras pendidikan negara perlu dijulang dan digunapakai untuk setiap lapisan pendidikan.
    3. Mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan bagi setiap perkara dan urusan.

  2. Menakluki, merampas kuasa, mengugut: Ronnie Liu Tian mengarahkan PM Muhyidin Yasin Dan Kerajaan Malaysia PN mengiktiraf UEC seperti janji Hatok Der semasa rejim pemerintahan PH.
    Apakah dasar pembelajaran negara yang diberikan kepada mereka tidak memuaskan “gerakan hidden” dan “dasar bawah tanah” yang disebarkan oleh DAP untuk memanipulasi dasar Kerajaan Malaysia yang diiktiraf dan berdaulat?
    Motif apa yang mereka ingin sebar luaskan?

  3. Kmi anak muda mahu sekolah satu aliran shja di mlysia..kmi tidzk mahu skolah plbagai aliran..demi perpaduan ngra tercinta..kli tegaskn di sini mahu skolah stu aliran..dlm skolah stu aliran, plbagai bgsa blh brlajar perlabagai bhsa yg mereka mahukan…yg ptg skolh hnya sati aliran..so bngsa lain perlu hormati hak n ketetapan bngsa asal ngra ini dan pelembagaan mlysia. Harap bngsa lain memahaminya n trima dgn hati terbuka pd hakikatnya kmu menumpang shja…jgn jadi kadok naik junjung pula.

Comments are closed.