Eddin Khoo

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Khas Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak akan menyerahkan laporan kajiannya kepada kerajaan jika semua pihak tidak dapat menghadapi isu itu secara rasional.

Pengerusi jawatankuasa khas itu, Eddin Khoo berkata, sekiranya pihak berkepentingan utama tidak serius untuk menghadapi isu-isu rumit yang timbul daripada soal pengiktirafan UEC, maka penubuhan jawatankuasa itu adalah tidak perlu dan membuang masa.

“Sekiranya ada orang yang mengambil pendekatan dua standard yakni cakap lain bikin lain, ia adalah untuk mewujudkan masalah dan tidak melihat makna dan kerumitan yang dibawa isu UEC,” katanya dalam emel kepada Sinchew Daily.

Eddin berkata, beliau tidak berminat dengan permainan politik yang dihasilkan oleh UEC.

“Saya tidak mahu membuktikan apa-apa, ini bukan satu isu dan bukan perkara yang ingin dilakukan jawatankuasa,” katanya.

Menurutnya, walaupun banyak masa dan tenaga dihabiskan untuk mengumpulkan maklumat dan data selama setahun, tetapi isu itu asyik “dirampas” oleh pihak yang mempunyai agenda sendiri.

“Kalau macam itu, tak perlu tubuhkan jawatankuasa. Ini langsung tidak menghormati kerja kami.

“Saya berasa amat benci dengan budaya seperti ini,” katanya.

Beliau juga mengkritik pendedahan kandungan dialog antara jawatankuasa dengan pihak berkenaan dan melihatnya sebagai tidak patut berlaku.

Katanya lagi, tugas jawatankuasa bukan bertujuan membuktikan UEC patut atau tidak patut diiktiraf, tetapi untuk melihat ke dalam kerumitan yang dihasilkan isu itu.

Pasukan Petugas Dasar UEC yang dipengerusikan Eddin telah ditubuhkan bagi mengkaji dan mencadangkan hala tuju berhubung UEC untuk dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan bagi tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. This is Makaysia and the educational system under yhe Malaysian Constituiln is Malay as the national language. Other languages can be taught, english, chinese mandarin, tamil etc but malay is the sole medium revognise. No need to go into details as to, why, what and how and the chinese should respect that just like we dont curtail the teaching of other languages. If all agree on this Malaysia us a peaceful country.

  2. hapuskan je sekolah vernacular… bodoh gamaknya pemimpin melayu yg duduk kat atas tu…

  3. bodoh…nak politik apa je ye. ko x hbs nk kerjaan nk iktiraf uec. gampang betul la, pergi berambus la bngsat klau uec iktiraf. ko ddk malaysia, sibuk nak upkan bhsa mndarin. cibai betul la spet nie. putar belit sana sni

  4. Kami pun berasa amat2 benci dgn perkataan itu sendiri, kandungannya, tujuannya dan orang2 sekelilingnya. We got nothing to do wit it. Agenda kami jelas hanya Bahasa Melayu dan sekolah kebangsaan sahaja.
    Kau org study, kau org baca, kau org telan dan kau org pk sendiri… tak ada rumit melainkan kerumitan kau org sendiri..

  5. Hi lantak ko lh nk serah ke tak ..i i krjaan baru..krjaan lama dah tak mati dah..so kjian ko tu dah tak laku..so mlysia bukan tempat ko..mlysia tempat sijil yg mgikut undang2 mlysia shja..kami anak muda akn tetap lawan n tidak akn bg sijil n skolh yg bertentang dgn eidologi pe dodikan kbgsaan terbina n berada di ngra mlysia or tanah mlyu ini..ingat tu ya puak2 cina n india yg degil ya..

  6. Tidak usahlah lagi membincangkan perkara2 berkenaan UEC yang tidak berfaedah, perkauman dan tidak berpelembagaan ini. Ianya hanya MEMBUANG MASA untuk perkara2 lain yang lebih penting!

    Perkauman (UEC) hanyalah legasi kaum2 pendatang dan ianya tidak BERPELEMBAGAAN!

  7. Kalau di Australia jangan haraplah kerajaan mereka nak layan perkara2 perkauman seperti ini!

    Lebih baik kerajaan Din Pagoh tumpukan perkara2 lain yang lebih penting!

Comments are closed.