TORONTO – Kanada mengesahkan kotak hitam pesawat Ukraine yang ditembak jatuh dan mengorbankan semua 176 orang penumpangnya pada bulan Januari lalu telah tiba di Paris.
Kotak hitam dijangka dibawa ke agensi kemalangan udara Perancis, BEA, untuk dianalisis, kata Menteri Luar Negeri Kanada Francois-Philippe Champagne.
Pengawal Revolusi Elit Iran sebelum ini mengakui telah secara tidak sengaja menembak jatuh pesawat Ukraine Airlines PS752 pada 8 Januari yang menyangka ia adalah peluru berpandu.
Tembakan itu dilepaskan ketika pertikaian antara Amerika Syarikat dan Iran tegang.
Sebilangan besar mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu adalah warga Kanada atau penduduk tetap.
Sabtu lalu, wakil menteri luar Iran mendakwa kotak-kotak itu telah dikirim ke Perancis untuk dianalisis.
Kedudukan perakam suara dan data kokpit menjadi subjek kebuntuan antarabangsa sejak pesawat itu ditembak jatuh.
Ini kerana, Kanada, Perancis dan Ukraine menuntutnya. – MalaysiaGazette