Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berbual bersama pelukis, Muhammad Suhaimi Ali (kanan) ketika melawat mural baginda di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam. foto FAREEZ FADZIL, 10 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – “Luluh hati bila melihat hasil usaha keras kami menjadi mangsa vandalisme seperti ini. Bagaimanapun mereka yang buat (kerja) ini kena ingat, benda ini tidak akan sama sekali mematahkan semangat kami.

“Malah ia semakin membakar semangat kami untuk terus melukis, kami akan buat (lukis) lagi besar kalau diberikan peluang!”

Itulah luahan hati Muhammad Suhaimi Ali, salah seorang pelukis yang mural gergasi pemimpin negara kepada MalaysiaGazette.

Beliau merupakan salah seorang pelukis yang melakar mural pemimpin negara termasuk potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 dekat Shah Alam.

Dua lagi rakannya ialah Muhamad Firdaus Nordin dan Abdul Hadi Ramli turut terlibat menghasilkan lukisan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mereka mengambil masa dua minggu untuk menyiapkan lima potret mural berkenaan.

Malah Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah baru-baru ini turut berkenan berangkat melawat mural gergasi.

Pagi tadi Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, beliau dimaklumkan oleh beberapa penduduk berdekat mengenai perbuatan vandalisma berkenaan.

Pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan kerja pemulihan mengecat semula selepas lukisan mural pemimpin pemimpin diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Taman Cahaya, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 20 JULAI 2020

Katanya, beliau terkejut kerana baharu semalam Datuk Seri Ismail Sabri melawat mural gergasi yang memaparkan pemimpin negara termasuk potret beliau di Taman Cahaya Alam.

Mengulas lanjut, Muhammad Suhaimi berkata, beliau menyerahkan kes tersebut untuk disiasat lebih lanjut oleh pihak berkuasa.

“Sebenarnya kalau pun ada perbezaan pandangan khususnya daripada segi pemikiran atau politik sekali pun, kita tidak boleh menjadikan karya seni seperti mana mural yang kami lukis itu sebagai ‘mangsa’.

Pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan kerja pemulihan mengecat semula selepas lukisan mural pemimpin pemimpin diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Taman Cahaya, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 20 JULAI 2020

“Saya difahamkan ada kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut, justeru saya percaya pihak polis akan menyiasat dan mengheret dalang kes ini ke muka pengadilan.

“Boleh sahaja kalau hendak ‘touch up’ kerosakan itu tetapi saya bersetuju agar dinding itu dicat semula dengan cat putih oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Ini kerana kerosakan yang dilakukan benar-benar menjatuhkan maruah Tuanku dan pemimpin-pemimpin lain yang kami paparkan itu,” ujarnya lanjut. – Malaysia Gazette

4 Komen

  1. ini sudah MELAMPAU!!!
    kalau polis dapat tangkap si pelaku yg xbertanggungjawab tu,
    mohon tindakan undang2 yg tegas dikenakan,
    inilah padahnya apabila termakan dengan hasutan pembangsat!
    masih xsedar2 lagi apa yg dah berlaku,
    xpaham betul aku dengan haramjadah2 yg sengaja membodohkan diri sendiri

Comments are closed.