Rayer
RSN Rayer.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang menjadikan tempat duduk sebagai isu untuk melahirkan rasa tidak puas hati.

Ini kerana, mereka menyifatkam kedudukan tempat yang telah diubah menyebabkan rasa tidak selesa dan menyusahkan pergerakan di dalam dewan.

Ahli Parlimen (Jelutong-PH), RSN Rayer dan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) meminta penjelasan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengenai penetapan tempat duduk baharu sebelum sesi perbahasan bermula.

Bagaimanapun, perkara itu dijawab oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bahawa langkah mengubah kedudukan tempat duduk itu adalah selepas beliau melakukan tinjauan peribadi untuk melihat sendiri tempat duduk Ahli Parlimen.

Malah, beliau turut berbincang dengan party whip mengenai kedudukan yang lebih selesa untuk anggota masing-masing.

“Saya sudah berbincang dengan party whip (sebelum memutuskan kedudukan terkini)… ini percubaan sahaja.

“Sebelum ini saya terima beberapa aduan bahawa tempat duduk yang tidak berapa sesuai disebabkan blind spot (titik buta), ada tiang besar jadi tak nampak.

“Pindah supaya senang untuk saya nampak dan apabila bangun mencelah pun, Yang Berhormat (YB) boleh dilihat rakan YB. Saya buat dengan niat yang baik,” katanya.

Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin berkata, tempat duduk itu pernah diduduki anggota Barisan Nasional (BN) backbenchers namun, mereka tidak merungut.

We were there before (kami pernah duduk di situ sebelum ini) tapi kami tidak complaint (mengadu) pun, tiada masalah. Tak apalah, pulangkan baliklah mereka di tempat lama,” katanya.

Azhar kemudian memutuskan, anggota pembangkang yang ditempatkan di Galeri Awam boleh berpindah ke tempat duduk lama, selepas diperbincangkan dengan ketua parti masing-masing. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. UBAH TEMPAT DUDUK PN NAK MENYALAK MCM ANJING. BILA KO TIDUR DLM DEWAN TUE XDE MSALAH PLK.

Comments are closed.