Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat pagi ini dimulakan dengan pengumuman penukaran tempat duduk membabitkan Ahli Parlimen di galeri awam dan tempat duduk pegawai.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Yang Dipertua, Datuk Mohd Rashid Hasnon ketika membacakan perutusan Yang Dipertua (YDP), Datuk Azhar Azizan Harun yang menyatakan sebahagian ahli Barisan Nasional (BN) backbenchers dipindahkan ke barisan belakang kanan di blok utama dewan.

Katanya, Ahli Parlimen pembangkang yang duduk di tempat duduk pegawai di bahagian sebelah kiri beliau dipindahkan ke galeri awam di bahagian belakang.

“Perubahan tempat duduk terkini ini turut mengambil kira peraturan agar YDP dapat memandang ahli Yang Berhormat semasa sesi pertanyaan dan perbahasan,” katanya.

Beliau menjelaskan, perkara itu selaras dengan Peraturan Mesyuarat 35(2) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat iaitu jika dua atau lebih ahli dewan yang bangun serentak maka YDP hendaklah memanggil ahli yang terpandang olehnya terlebih dahulu.

Azhar Azizan sebelum ini membuat tinjauan peribadi di tempat duduk ahli dewan dan berbincang dengan anggota mewakili blok kerajaan dan pembangkang sebelum memutuskan demikian, demi keselesaan ahli.

Sejak bermula persidangan pada Isnin minggu lepas, tempat duduk ahli Parlimen disusun semula dengan amalan penjarakan sosial bagi mencegah Covid-19.

Ia menyebabkan ada yang terpaksa duduk di galeri awam dan tempat duduk pegawai.

Terdahulu, Mohd Rashid sebelum memulakan sidang dewan turut mengingatkan ahli Parlimen yang mempunyai gejala awal Covid-19 supaya membuat pemeriksaan segera. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

8 Komen

  1. Parleman lokasi berbalah,maki hamun, kata nista,dsbgainya,xx lokasi yg mulia utk rkyat tengok sebgai tempat berdisplin, profesional,, intelek bertukar2 hujjah yg sehat,dalil2,fakta2 bukti2 yg fek,tempat sembunyikan sorokkn cakap2 berapi sebelum dpt jdi mentri gigit kaki ahli dewan bn dulu la,meskipun dhulu BN perlembgaan M’sia KAFIR, sebb mewarisi undang2 penjajahah, tapi skrg perlembagaan mana yg masih terlaksana&di laksana? &siapa pula yg jdi pengamalnya? Krjaan mana, bukan PN ko? (UMNO, PAS,&MCA&lain2?skrg pas juga nak di katakn KAFIR ko islm? sebb mereka juga akur dgn perlembagaan M’sia warisan penjajah tuuu?…ko hnya berpakat dgn si najib tu krn gilo jawatan mentri di PutraJaya?…..
    والسلام……

  2. Ooo,aku mantan Al-azhar University,boleh meruju’kitsb2berbhsa arab, jawi pondok, bhsaenglish cikit sebnyak aku belajor, kau dah faham bgi pencerahan, &aku bukan jenis manusia taksub kpd parti2 ciptaan otak manusia,

    يايها الذين ءامنوا لما تقولون ما لا تفعلون،،
    Tak perlu aku trant, mu tuu, dah faham buksn?ayat tuu ada lagi sambungnnya….
    Kau budak pintar ceritakn lah biar org lain dpt manfaatnya….

  3. Suruh berdiri lagi bagus mengabiskan bores yo. Tak pembangkang dewan lagi aman

  4. klau dah ikut sistem penjjah meme mcmtu, sapa suruh ikut fatwa penjajah,mereka adalah syaitan bertopengkn manusio, yg wargo M’sia khasnya melayu gi ikut mereko dok buat gaponyo,namo aja keluar U tpi ciput mcm tu pun tak di raei’akhlak, adab moral, budi bhsa hampehhhhh yooo, bengap oku…

  5. Orang Kalau terpelajar Dia tidak mengeluarkan Bahasa seperti itu. Kalau Bahasa itu lah yang Dia keluarkan.. Sama sahaja dengan ahli parleman yang tidak ada class..mengeluarkan kata2 dalam parleman. Tiada bezanya manusia kalau ada sikap ego .

  6. Salam utk Yakin Salleh.
    Anda seorang mantan AL AZHAR
    Alhamdulillah.
    Cuma……peliharalah adab2 sebagai seorang yg memberi pendapat.
    Tidak semua sudut pendapat seseorang itu dapat dilihat dengan tepat dlm dimensi yang sama.
    Sekiranya berbeza, hormatilah dengan cara gaya bahasa atai tulisan yang sopan.

    Semoga kita diberkati ALLAH SWT.

    WALLAHUALLAM.

    AMIN

Comments are closed.