Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin (tengah) diiringi Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Ruslin Jusoh (kiri) menunjukkan antara kad pengenalan palsu ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 20 JULAI 2020.

PUTRAJAYA – Warga asing yang ditangkap menggunakan MyKad palsu akan dihukum di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kerajaan telah memutuskan untuk memasukkan Akta Imigresen 1959/63 ke dalam SOSMA bagi membolehkan warga asing yang ditahan memiliki MyKad palsu boleh dihukum atas kesalahan mengancam keselamatan negara.

“Saya ingin lihat akta Imigresen berkenaan juga akan dimasukkan dalam SOSMA supaya migran yang ditangkap membeli, menjual dan memiliki MyKad diambil tindakan menerusi SOSMA.

“Di sini saya ingin memaklumkan mereka yang kita dapati bekerjasama untuk mengeluarkan kad pengenalan, MyKad palsu akan diambil tindakan bukan hanya menerusi Imigresen tetapi juga melalui SOSMA.

“Mereka adalah orang yang tidak mempunyai ‘sense belongings’ sebagai rakyat Malaysia pada saya mereka melakukan satu khianatan kepada negara,” katanya selepas melakukan lawatan kerja rasmi di Bajatan Pendaftaran Negara hari ini.

Hamzah berkata, sebelum ini pendatang asing yang ditangkap melakukan kesalah itu dihantar balik ke negara asal selepas membayar denda sebanyak RM500.

Sementara itu, Hamzah berkta, Kementerian Dalam Negeri sedang berbincang dengan beberapa syarikat untuk meningkatkan ciri-ciri MyKad supaya ia sukar dipalsukan.

.Selain itu, katanya, pegawai JPN juga akan dihantar mempelajari teknologi terkini kad pengenalan digital bagi mengurangkan masalah pemalsuan pada masa hadapan.

Tamb ah beliau, pihaknya sedang berunding dengan beberapa syarikat untuk memastikan Malaysia memiliki teknologi terkini dan terbaik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast