Michael Norman.
HOUSTON – Pelari 400m Amerika Syarikat (AS), Michael Norman membuat kejutan apabila menjadi manusia terpantas di dunia tahun ini apabila mencatat masa 9.86 saat dalam acara 100m di Texas semalam.
Olahraga Dunia mengesahkan, pelari berusia 22 tahun dari California itu memenangi perlumbaan pertamanya dalam acara 100m sejak 2016.
“Selepas empat tahun, saya akhirnya dapat berlari dalam acara 100m,” ujar Norman menerusi Twitter sejurus perlumbaan berakhir,

Badan induk trek dan balapan kemudian mengambil keputusan memberikan catatan Norman selaku masa terpantas tahun ini.

Pada Mac lalu, catatan terpantas 100m tahun ini dilakar pelari Afrika Selatan, Akani Simbine dengan catatan masa 9,9s sebelum terganggu akibat wabak Covid-19.

Catatan dibuat itu menjadikan Norman pelari kedua dalam sejarah berlari bawah 10s dalam 100m, bawah 20s dalam 200m dan bawah 44s dalam 400m.

Pelari lain yang turut melakukan dalam ketiga-tiga acara ialah juara Olimpik dari Afrika Selatan dalam acara 400m, Wayde van Niekerk. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast