Robert Gambardella.

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan pelantikan Robert Gambardella sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Presidennya, Datuk Seri Mohammad Norza Zakaria berkata, pemilihan Gambardella dari Amerika Syarikat sebelum ini memegang jawatan sebagai CEO Interim Persatuan Menembak negara itu.

Katanya, pemilihan itu dibuat berdasarkan pengetahuannya dalam industri sukan selain pengalaman selama tujuh memegang jawatan sebagai Ketua Institut Sukan Singapura bermula 2009 hingga 2016.

“Robert adalah calon yang paling layak dalam bidang ini dan kami percaya kami sudah menemui individu yang tepat bagi mengetuai ABM,” kata Norza ketika sidang media selepas mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan BAM di ABM di sini hari ini.

Norza memberitahu, Robert akan memulakan tugasnya pada 1 Ogos ini, tertakluk kelulusan daripada Jabatan Imigresen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast