azeez rahim Rahim forfeiture corruption
Abdul Azeez Abdul Rahim

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez bersetuju untuk berdebat dengan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkaitan isu Tabung Haji (TH).

“Hari ni saya mendapat satu jemputan debat seperti dibawah dan saya dengan jiwa yang terbuka bersetuju dengan cadangan ini.

“Semoga ahli panel yang dicadangkan, YB Parit Buntar dapat memberikan jawapan untuk cadangan debat ini.

“Saya menunggu maklum balas dari pencadang sama ada YB Parit Buntar sudi dengan jemputan ini,” katanya dalam Facebooknya malam ini.

Cadangan tajuk debat berkenaan ialah Tabung Haji: Di Mana Silapnya? dan dijangka pada 28 Julai ini pukul 8.30 malam di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Abdul Azeez merupakan bekas Pengerusi TH manakala Mujahid bekas Menteri Agama semasa pemerintahan Pakatan Harapan.

Moderatornya ialah Timbalan Presiden Angkatan Karyawan Nasional, Ayatullah Helme Mohd Hanafi.

Difahamkan Mujahid belum memberi sebarang respon berkenaan debat berkenaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

8 Komen

  1. Debat ahli politik….
    Baik diwujudkan segera RCI atau siasatan badan bebas terhadap TH dan benamkan pesalah kedalam penjara tanpa dilindungi.

  2. debar tak guna
    puak sana kaki putar, nak2 atok tua
    baik tubuh RCI siasatan baru betul

  3. debat tak guna
    puak sana kaki putar, nak2 atok tua
    baik tubuh RCI siasatan baru betul

  4. Debat tu bagus tapi tidak akan ada konklusion! Tidak mengapa teruskan tapi penubuhan RCI juga perlu diteruskan!

    Ramai yang nak tengok KHADAM DAP masuk penjara!

  5. It was a great speech by Datuk Seri Abdul Azeez at the parliament yesterday (21st  July). Listening to how he and his family were treated by PH saddened my heart. Guys, the reason why PH is in a hurry to take back its lost power from PN is none other than to close/ hide all its wrongdoings in Tabung Haji and Khazanah. I hope the present government should last till to the end of the term in parliament. TSM should listen to the people’s voice and call for RCI to investigate what really happened in TH and Khazanah. The money involved in TH belongs to the UMMAH. It is their wealth, investment and pride. Those Muslims in PH who were involved in selling the assets in TH should be ashamed of themselves. Hal ini merupakan sebagai suatu pengkhianatan terhadap Ummah dan institusi Islam. Yang salah perlu dihadapkan ke muka pengadilan. I pray that God will bless Datuk Seri Abdul Azeez for all the humanitarian missions he has conducted under the BN government. May the Good heaven smile on him and all the cooked up corruption charges against him will fissile like the mist that is hit by the sun’s ray, ameen! 

  6. Mintak pendeposit2 doa sungguh2 minta hasrat gi Hj /Umrah dimakbulkan Allah, walau apa pun tindakn2 anasir dajal atau manusia bersifat dajal ini. Doa sekiranya yg terlibat itu kafir.. sesatkn mereka sesesat2nya , sekiranya yg Islam …. tunggulah pertanyaan diakhirat kelak.. berJUTA pendeposit akan menuntut di Akhirat kelak, laknat keatas kamu. Nauzubillah….

  7. Apa yang KHADAM2 DAP takut sangat dengan RCI ni, audit secara menyeluroh oleh RCI ini bagus untuk perjalanan syarikat, penambahbaikan dan mungkin akan menguntungkan para pendeposit!

  8. Kita nak kerajaan tubuhkan RCI, bukat debat yang tiada penyelesaian masalah. Kita nak tengok apakah hujah si Mujahid itu mampu membawa dia ke penjara Sg Buloj bersama Guan Eng..

Comments are closed.