Bermula Jumaat ini semua rakyat Malaysia dan warga asing yang pulang dari luar negara perlu mematuhi kuarantin wajib selama 14 hari di stesen-stesen kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan.
Mereka yang terlibat perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin di stesen kuarantin sama ada di Institut Latihan Awam atau hotel berdasarkan kos yang telah dipersetujui sebelum ini.