Kerajaan akan tetap melaksanakan teknologi generasi kelima (5G), namun tumpuan kini terarah kepada usaha mengoptimumkan penggunaan 3G dan 4G.
Mengambil contoh Pilihan Raya Kecil di Chini baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, terdapat capaian 3G dan 4G yang masih boleh didapati, di luar bandar kawasan itu.