Buat julung kalinya Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menyediakan lokasi khas untuk mana-mana pihak melaksanakan ibadah korban pada Hari Raya Haji yang bakal berlangsung 31 Julai ini bersesuaian dengan amalan norma baharu.
Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, sebanyak enam lokasi telah dipilih bagi aktiviti penyembelihan untuk tempoh tiga hari bersesuaian dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengawal penularan wabak Covid-19.