Perbuatan vandalisme pada lukisan mural di sebuah dinding bangunan di Seksyen U12, Shah Alam

Oleh: Noor Mohamad Shakil Hameed

PASTI ramai yang tidak akan bersetuju dengan kenyataan penulis bahawa vandalisme memang budaya kita namun melihat kepada sikap dan tingkah laku segelintir anggota masyarakat kita, penulis tetap dengan pendirian bahawa vandalisme
memang sudah menjadi budaya kita.

Terkini semua marah dan geram dengan insiden mural pemimpin utama negara yang diconteng dengan kata-kata kesat yang
berlaku di kawasan Komersil Taman Cahaya Alam U12 sehingga memaksa pihak PBT berkaitan bertindak membersih dan mengecat semula dinding berkenaan.

Ironinya ini bukan insiden vandalisme yang pertama berlaku di negara kita. Sebelum ini kita juga marah dan geram dengan sikap segelintir lagi anggota masyarakat yang melakukan kerja-kerja yang sama di Taman Tasik Titiwangsa. Insiden vandalimse di
kawasan terbabit berlaku dalam tempoh hanya lima jam selepas ianya dibuka untuk kegunaan orang awam.

Antara kerosakan yang dilakukan adalah membabitkan merosakkan papan tanda dan buang sampah merata-rata. Malah percayalah hampir semua kemudahan awam di negara kita seperti tandas awam serta padang permainan sudahpun menjadi mangsa vandalisme individu yang tidak bertanggungjawab.

Jadi sedar atau tidak perbuatan vandalisme ini berlaku di seluruh negara membabitkan hampir kesemua kemudahan awam yang telah disediakan untuk kegunaan anggota masyarakat. Kejadian ini juga menyebabkan PBT mengalami kerugian yang besar dan boleh dikatakan peruntukan yang digunakan untuk menyediakan kemudahan ini menjadi sia-sia atau membazir semata-mata.

Ini juga dengan jelas membuktikan pelaku vandalisme ini berada di mana-mana dan bila kita campur semua jumlah “segelintir” anggota masyarakat yang membuat kerja-kerja ini, bukankah ia menunjukkan bilangan mereka ini cukup ramai dan mula menjadi sebahagian besar dari kalangan anggota masyarakat kita sendiri.

Maka apakah salah untuk digambarkan vandalisme sudahpun menjadi budaya masyarakat kita? Hakikatnya kejadian vandalisme terus berlaku dan ianya membabitkan sikap
dan tingkah laku individu yang tidak boleh diubah dalam sekelip mata. Justeru kita tidak boleh lagi berdiam diri atau berpeluk tubuh membiarkan “segelintir” ini merosakkan semua harta benda yang ada.

Walau apapun alasan orang yang melakukan kerja-kerja vandalisme ini, kita tidak boleh berkompromi dengan mereka. Tangan yang gatal ini perlu diajar dengan secukupnya. Jelas mereka ini merupakan golongan yang tidak tahu menghargai
sesuatu kemudahan yang disediakan untuk kegunaan orang awam. Jadi kita berharap pihak berkuasa akan menggiatkan lagi usaha untuk mencari dan mendakwa individu yang merosakkan mural tersebut dengan segera.

Namun melangkah ke hadapan kita perlu ada inisiatif untuk mencegah perbuatan tidak bertanggungjawab seperti ini dari terus berlaku. Antara kaedah pencegahan ialah, orang awam perlu memainkan peranan sebagai mata dan telinga pihak
berkuasa. Kita perlu berani menegur jika melihat sebarang perbuatan vandalisme di depan mata sendiri di samping segera melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Sikap prihatin kita terhadap kemudahn awam yang ada pasti
akan membantu mencegah perbuatan vandalisme seperti ini.

Pada masa yang sama kita juga perlu memberi perhatian kepada usaha untuk memupuk sikap dan nilai-nila murni yang baik dan positif dalam diri anak-anak seperti menjaga hara benda dengan baik, menghargai kemudahan awam serta sentiasa prihatin dan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku di sekeliling kita.

Jika nilai-nilai ini dapat diterapkan ke dalam sanubari anak-anak sejak kecil, kita yakin dapat melahirkan sebuah generasi masa depan yang lebih bertanggungjawab dan boleh menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Sehingga itu akuilah betapa vandalisme sudahpun menjadi budaya kita!

Penulis adalah penganalisis isu-isu semasa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Siapa kata vandalism budaya kita?
    Orang melayu di ajar supaya bersopan santun dan berbudi bahasa, bukannya vandalism.

  2. betul tu Salim Said… kalau penulis tgk dgn teliti cara berpakaian dua ekor wanita cina tu jelas menunjukkan mereka adalah org yg berpelajaran dan kononnya org yg beradap tapi rupanya dua ekor wanita cina tu adalah moron jelas mereka ini tak hormat pada Raja dan PM kita selayaknya taraf warga negara dua ekor wanita cina ini dilucutkan…

Comments are closed.