Foto Reuters

JAKARTA- Seramai 98 jemaah tabligh rakyat Indonesia dikenakan denda oleh sebuah mahkamah di India kerana melanggar akta imigresen dan kuarantin di negara berkenaan.

Menurut Menteri Luar, Retno Marsudi, kesemua 98 jemaah Tablighi Jamaat itu diarahkan untuk membayar 10,000 rupee (RM569) seorang.

Sejumlah 436 daripada lebih 700 jemaah tabligh Indonesia terkandas di India selepas menghadiri satu perhimpunan telah dibicarakan pada 14 hingga 16 Julai lalu, kata Retno.

Mereka dituduh menyalahgunakan visa serta melakukan kesalahan di bawah Akta Penyakit Wabak.

Semasa perbicaraan, hampir semua defendan mengaku bersalah kerana melanggar akta imigresen tetapi bertegas mereka tidak berniat untuk melanggar undang-undang.

Tambah Retno, 19 daripada 751 ahli Tablighi Jamaat Indonesia di India telah pulang ke tanah air.- Agensi