KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tidak bersetuju dengan tawaran Goldman Sachs Group Inc. sebelum ini untuk memulangkan AS$1.75 bilion kerana jumlah penuh yang dituntut adalah AS$7.5 bilion.
Majlis Presiden PH yang mengambil maklum pemulangan AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) dalam penyelesaian antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs berkaitan salah laku dan penyelewengan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata, proses pemulangan wang hanya bermula dengan kemenangan pakatan tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-14.
“Pemulangan wang ini menjadi bukti wujudnya pelbagai salah laku dan kebobrokan pada zaman itu,” dakwanya dalam satu kenyataan bersama tiga pemimpin PH.
Kenyataan tersebut ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Semalam, Goldman Sachs bersetuju untuk membayar AS$3.9 bilion bagi jumlah penyelesaian caj dan tuntutan tertunggak berkaitan tiga urus niaga bon yang telah disusun dan diaturnya untuk 1MDB.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, dengan jumlah penyelesaian itu dan wang yang telah diterima oleh Malaysia dari Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), lebih dari AS$4.5 bilion akan dikembalikan kepada rakyat Malaysia.
Menurut pemimpin PH itu, setakat ini jumlah keseluruhan wang yang telah dipulangkan berkjumlah RM19 bilion.
Bagaimananpun, tambah kenyataan itu, proses keadilan dalam isu 1MDB masih belum selesai dan mesti diteruskan hingga ke penghujungnya.
Katanya, semua watak utama dalam kes ‘scam’ 1MDB mesti diadili di mahkamah termasuk individu yang dinamakan oleh DoJ sebagai MO1 dan Low Taek Jho (Jho Low) yang sehingga kini masih belum ditahan. – MalaysiaGazette.
Puak2 ko pi mmpus lh klu tak setuju..aset ngra byk lg, nk jual ke..blh je…ph ni merosakkn ngra je klu biarkn dia terus berkuasa..wajid sgt di tendang jauh2 dr dunia ni..
…nampak bebeno PH menipu.
Org dituduh perompak nak pulangkan barang rompakan tak dibagi pulok.
Barang kes pulok buleh jual!!
…adihhhhh…ph…menipu berpisah tiada!!!
Biarlah Kumpulan PH tak setuju dia bukan kerajaan lagi.abaikan aja