Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ)

WASHINGTON – Seorang lelaki warga Singapura yang mewujudkan laman perundingan palsu untuk mendapatkan  maklumat daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan pekerja tentera mengaku bersalah kerana bertindak sebagai ejen yang tidak sah kepada perisikan China, kata Jabatan Kehakiman.

Hukuman ke atas Jun Wei Yeo, juga dikenali sebagai Dickson Yeo, akan diputuskan pada Oktober ini, menurut jabatan itu seperti dipetik Reuters.

AS sedang membanteras kegiatan pengintipan China dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menemubual berpuluh-puluh pemegang visa berhubung kemungkinan terdapat kaitan dengan perisikan China.

Semalam penyelidik wanita China yang berlindung di konsulat di San Francisco akan dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan beliau menipu mengenai perkhidmatan tentera China, ketika ketua agensi counter periskan AS memberi amaran bahawa China dan negara lain mungkin akan mengganggu pilihan raya AS pada November ini. – Agensi