LONDON – Brighton semakin menghampiri perjanjian dengan pemain Liverpool Adam Lallana secara percuma akhir musim ini.
Kontrak Lallana bersama the Kops berakhir akhir musim Liga Perdana Inggeris ini.
Kini laporan mendakwa Lallana sedang berunding dengan the Seagulls untuk menandatangani kontrak bertempoh tiga tahun.
Namun maklumat mengenai pendapatan mingguan tidak didedahkan kepada media setakat ini.
Pemain berusia 32 tahun itu telah melakukan 22 penampilan bersama the Reds sepanjang musim ini.
Lallana menyertai Anfield dari Southampton pada Julai 2014 dengan nilai 25 juta pound.
Lallana juga beraksi dengan England dalam 34 penampilan menentang Itali pada Mac 2018.-MalaysiaGazette