Razalif Mohd. Zain.

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bersikap memilih bulu dalam membahagikan peruntukan kepada syarikat produksi.

Penerbit filem dan rancangan televisyen, Razalif Mohd. Zain berkata akibat sikap tidak adil itu, banyak syarikat produksi daripada kalangan anak muda sukar untuk berkembang maju.

Jelas beliau yang pernah bekerjasama dalam pembikinan filem Taikun (2013) dan beberapa program televisyen, generasi muda yang terlibat dalam dunia pembikanan filem mempunyai bakat yang besar.

“Saya seru kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Finas jangan memilih bulu. Bagilah (peruntukan) adil kepada semua pihak yang layak.

“Saya mohon kerjasama daripada FINAS agar adil dan saksama, jangan bagi kepada syarikat besar dan kroni sahaja.

“Anak muda yang menjadi penerbit boleh pergi jauh. Malah ramai berbakat dalam pengarahan dan pengeditan filem. Tetapi disebabkan bajet, idea dan bakat mereka tersekat,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini baru-baru ini.

Razalif kini merupakan Presiden Metamorphosis Skills Sdn. Bhd. dan menumpukan kepada perniagaan pembuatan sarung tangan getah, hospital swasta, kolej kemahiran dan produk makanana sejuk beku.

Razalif pernah bekerjasama dalam pembikinan filem Taikun pada tahun 2013.

Beliau turut mendakwa, pihaknya pernah membawa sebuah filem untuk dibawa ke luar negara tetapi FINAS tidak dapat membantu kerana kekurangan bajet.

“Saya pernah ke FINAS untuk ‘pitching’ dan mereka kata idea filem saya bagus tetapi diberitahui bajet tidak ada. Namun sebenarnya bajet diberi kepada yang sepatutnya tidak dapat,” jelas beliau.

Razalif menambah, pihaknya masih tidak berputus asa dalam industri penerbitan filem dan drama apabila sedang merancang untuk pembikinan dua filem iaitu sebuah filem aksi dan cinta.

Beliau juga mempunyai dua buah drama yang sedang menunggu giliran untuk ditayangkan di saluran televisyen tempatan.

“Saya akui produk saya tidak banyak filem tetapi kita banyak bekerjama dengan beberapa penerbit filem lain. Lepas Taikun, kami tiada ada filem kerana memberi fokus kepada bidang pengurusan acara dan TV komersial.

“Namun sepatutnya kami rancang terbit dua filem cinta dan aksi tetapi gara-gara wabak Covid-19 semuanya tertanggu walaupun persiapan sudah dilakukan.

“Kami menjangka penggambaran dua filem ini akan akan bermula selewat-lewatnya sebelum hujunh tahun ini,” katanya. – MalaysiaGazette