KUALA LUMPUR – Lebih 50 agensi media yang membuat liputan kes Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai dana SRC International Sdn Bhd sejak awal pagi tadi masih tidak berganjak dari lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini.
Meskipun Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan bahawa bekas Perdana Menteri itu bersalah terhadap tujuh pertuduhan, namun petugas media masih setia menunggu sebarang kemungkinan.
Ia susulan tindakan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menangguhkan prosiding itu hingga jam 2 petang ini sebelum membuat sebarang keputusan.
Terdahulu, peguam Najib, Tan Sri Shafee Abdullah memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan rayuan untuk meringankan hukumnya.
Menurut Shafee, permohonan ini juga bukanlah sesuatu yang baharu sebaliknya pernah berlaku sebelum ini.
Mahkamah Tinggi hari ini mendapati bekas Perdana Menteri itu bersalah terhadap tujuh dakwaan salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram SRC International bernilai RM42 juta.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan tujuh tuduhan ke atas ahli Parlimen Pekan itu. – MalaysiaGazette