Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee. foto MOHD ADZLAN, 01 JULY 2020.

PUTRAJAYA – Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berharap lebih ramai usahawan muda akan menceburkan diri dalam industri perikanan.

Katanya, penglibatan usahawan generasi muda akan dapat membantu pembangunan industri berkenaan secara tidak langsung juga akan dapat membantu pembangunan ekonomi negara.

“Kita berharap lebih ramai usahawan di kalangan anak muda yang akan berkecimpung membangunkan usahawan industri perikanan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas melancarkan program Fish Station, sebuah platform untuk produk berasaskan ikan dan laut dipamerkan.

Sementara itu, Ronald memberi jaminan kementeriannya akan sentiasa membimbing usahawa muda dalam undustri makanan seterusnya mempromosikan perikanan sebagai industri laut konvensional dan hiliran.

“Potensi besar untuk ekonomi untuk diceburi oleh usahawan-usahawan dalam Malaysia,” jelas beliau.

Fish Station ini adalah program Jabatan Perikanan dengan Kerjasama Rakan Strategi bagi merancakkan semula penglibatan  pelaburan swasta dalam pertanian secara komersial.

Ia dilaksanakan dengan berkonsepkan promosi, jualan, pemadanan perniagaan, demonstrasi, pameran dan aktiviti serta inovasi produk berasaskan perikanan. – MalaysiaGazette