Foto Facebook Najmil Faiz (baju merah).

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman  hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Razak selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC) amat menyedihkan.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris bagaimanapun berkata, keputusan itu bukanlah pengakhiran kepada perjuangan parti itu dalam menegakkan kebenaran.

“Sudah pastinya keputusan petang ini amat menyedihkan apabila Datuk Seri Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan RM210 juta.

“Namun, ini bukanlah pengakhiran kepada perjuangan kita dalam menegakkan kebenaran. Datuk Seri Najib akan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan untuk penghakiman yang adil oleh panel tiga hakim.

“Jasa beliau terhadap pembangunan negara terlalu besar. Inilah pengorbanan seorang pemimpin yang wajar dicontohi. Naik tidak memijak lawan. Jatuh tidak menarik kawan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Najmil yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu turut mengingatkan pemimpian Pakatan Harapan (PH) agar jangan terlalu gembira sangat dengan keputusan mahkamah itu.

“Kes terowong dasar laut masih berjalan,” tegas beliau.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atasnya sehingga rayuan didengar dan diputuskan.

Bagaimanapun, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengenakan syarat bahawa jumlah jaminan sebelum ini ditambah lagi RM1 juta dengan dua penjamin dibayar esok.

Bekas Presiden UMNO itu juga diarahkan melapor diri ke balai polis terdekat dua kali sebulan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Allah akan beri pembalasan kepada yang merancang dan menabur fitnah. Kita tunggu dengan penuh kesabaran balasan nya nanti.

  2. Oh Najmil. Otak hang simpan ke mana, bawah tapak kaki hang ke?
    Geliga lah otak kau. Hahahahaa…

  3. Najib naik tak pijak, jatuh tak tarik kawan – Najmil
    I totally agree with the caption. It candidly explains DSN’s personality. Uttering “Wallahi,Wabillahi,Watallahi” carries a lot of weight. Not many can do it. Only can be done by those whose conscience are clear. Non-Muslims will not understand this and don’t blame them.

  4. Pemimpin Dumno yg otak dia letak kat punggung. Fitnah apa ? Bukti ada di Malaysia dan di seluruh dunia, yg kerajaan jual kapal Jlow, yg anak tiri dia setuju bayar balik, yg USA nak beri balik berbillion yg semua disebut duit 1MDB, apa dia tu , fitnah lagi

Comments are closed.