PENDIRIAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak mahu mencampuri urusan mahkamah berkenaan kes berprofil tinggi wajar dipuji. Ini adalah manifestasi kepada usaha membersihkan institusi kehakiman negara. Semoga reformasi ini akan berjaya direalisasikan sepenuhnya.
Namun kecekalan bekas Perdana Menteri ke enam negara, Datuk Seri Najib Razak dalam usaha membersihkan namanya di mahkamah wajar dikagumi. Sikap beliau yang tidak mengheret rakyat kejalanan untuk membantah keputusan mahkamah wajar dipuji.
Benar, tidak mudah buat Najib untuk mendepani saat-saat sukar ini. Mereka yang rapat dengan beliau dahulu kini ramai yang telah menjauhkan diri.
Hanya sahabat sejati yang masih bersama dan kakitangan kerajaan serta rakyat bawahan yang pernah beliau bantu atau menerima manfaat secara langsung dan tidak langsung iaitu melalui dasar-dasar yang beliau perkenalkan semasa era kepimpinan beliau dahulu masih setia bersama ketika susah dan senang.
Apapun itulah hakikat kehidupan yang berat untuk ditelan tetapi amat bermakna kerana ia mendewasakan lagi mematangkan. Sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik tempat mengadu. Buat pemimpin lain malah semua kita, sedarlah bahawa tidak semua yang ada di sekeliling kita akan bersama kita ketika kita susah.
Buat barisan kepimpinan UMNO, bertenanglah. Jangan terburu-buru dalam membuat keputusan. Izinkan Najib lengkapi segala proses perundangan yang ada. Tenanglah dalam membuat keputusan dan dalam melangkah.
Kembali kepada keputusan yang telah dibuat oleh tuan hakim terhadap Najib, pastinya ia telah sedikit sebanyak merenggut semangatnya, harapan para penyokongnya dan mereka yang bersimpati dengannya.
Tidak sedikit yang mendirikan solat hajat memohon pertolongan Allah agar diberi kemenangan kepada beliau dan begitu juga yang menitis air mata kerana sedih dan kesal dengan hukuman yang dijatuhkan. Allah pasti bersama orang-orang yang sabar.
Ada antara mereka itu tidakpun pernah bersua muka dengan beliau apatah lagi mendapat apa-apa manfaat besar seperti sesetengah pihak. Namun kasih mereka adalah atas kenangan terhadap budi baik Najib yang pernah membantu mereka menerusi dasar atau program mesra rakyatnya.
Tidak dinafikan juga bahawa ramai yang gembira dalam menyambut hukuman yang dijatuhkan kepada beliau. Contohnya, lawan politik atau musuh beliau melihat perkara ini sebagai satu kemenangan buat mereka.
Begitu juga kepada mereka yang tidak sehaluan dengan beliau baik secara langsung mahupun tidak langsung. Malah ada juga segelintir masyarakat yang tidak ambil kisah sama sekali.
Walau apapun keadaannya, Najib memang dekat dihati rakyat khususnya orang Melayu dan rakyat bawahan. Walaupun beliau anak seorang bangsawan dan bekas Perdana Menteri Malaysia, beliau tidak sombong malah dianggap sebagai seoarang yang mesra, mueah didekati dan benar-benar prihatin kepada kebajikan rakyat. Tidak ramai pemimpin yang mempunyai sifat seperti beliau.
Tidak dapat dinafikan bahawa banyak jasa-jasa beliau kepada rakyat dan negara. Lebih separuh usianya dikorbankan untuk berkhidmat buat rakyat dan negara. Lihatlah bagaimana beliau menjaga kebajikan anggota tentera ketika menjadi Menteri Pertahanan dahulu atau lebih menyeluruh lagi ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam menerusi program membela rakyatnya yang berteraskan konsep 1 Malaysia.
Namun, apakan daya, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Di sangka panas hingga ke petang, rupanya hukan ditengahari. Itulah hakikat kehidupan.
Berbalik kepada sistem kehakiman negara, diharapkan ia benar-benar menjadi entiti yang dibanggai oleh seluruh rakyat dan dikagumi oleh dunia dalam ketelusan menegakkan keadilan seadil-adilnya buat semua rakyat negara ini.
Semoga panel hakim di mahkamah rayuan kelak menjalankan tugas mereka dengan sebaik-baiknya. Hatta jika sampai ke mahkamah persekutuan sekalipun kes ini diharap diadili dengan seadil-adilnya.
Kepada mereka khususnya pemimpin yang ‘memusuhi’ DS Najib, berjiwa besarlah dengan memberi sokongan moral kepada beliau dan berdoalah agar beliau berjaya membersihkan namanya.
Berpuluh tahun kalian mewarnai politik negara, bersahabat, bermusuh dan sebagainya. Pasti ada disudut hati kalian satu ruang rasa simpati, maka zahirkanlah ketika ada teman dalam kesusahan. Hari ini harinya, esok lusa mungkin kita pula.
Mudah-mudahan contoh baik yang kalian tunjukkan akan membawa kepada Malaysia yang lebih sejahtera baik dalam berpolitik mahupun hidup bernegara.
Semoga keadilan dan kemanusiaan subur di bumi Malaysia ini.
Prof. Dr. Haim Hilman
Jika benar dsn melakukan jenayah(walaupon telah dibersihkan oleh apendi) maka wajar terima hukuman tapi jika ini adalah penganiyaan dsn mesti membela diri. TAPI JANGAN LUPA KES2 YG DI BUANG KETEPI MASA KERAJAAN PH MESTI DIBICARAKAN SEMULA.
Smoga kemenangan berpihak ke pada DSN pada 3 hakim penal makahmah rayuan nnti..Ya Allah , Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau berikan lh kemenangan kepd hamba mu yg selama ini berjuang, bermatian, demi kemaslahan rakyatnya..Ya Allah engkau selamatkn lh DSN drpd mnusia2 dajal yg stiap hr mahu jatuhkn nya..Sesungguhnya kemenangan n pertolongana adalah dtg drpd engkau Ya Allah , Tuhan sekelian alam..amin.
Ibarat cerits tamil hero alan kalah dulu. Begitulah harapnys perkara ini.
kes Forex Medey bila nak buka balik?
DSN
PEMIMPIN SEJATI!!
PEMIMPIN YANG HEBAT, DIUJI PEKARA YANG HEBAT!!