Azamuddin Akil

KUALA LUMPUR – Selepas sekian lama memendam rasa, pemain senior Kedah mula bersuara dengan pengurusan lama Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang disifatkan sebagai punca isu tunggakan gaji yang kini mencecah RM10.6 juta.

Jelas bekas pemain kebangsaan, Azamuddin Akil dia mahu tampuk kepimpinan lama turut bertanggungjawab walaupun ketika ini KFA diterajui oleh barisan kepimpinan baharu diketuai Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md. Nor.

Katanya, pemain skuad Helang Merah kini menjadi mangsa permainan ‘politik’ dan berharap tunggakan gaji selama lima bulan sejak Mac lalu segera ditangani.

“Jangan banyak cakap YB (bekas Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris) patut ko pun sama pikir macam mana nak selesaikan.

“Kami pemain jadi mangsa..berapa lama lagi kami nak bertahan,” katanya.

Bekas pemain Pahang itu itu memberi komen di atas kenyataan Asmirul di Facebooknya yang menuding jari kepada Sanusi dan mendesak supaya masalah KFA diselesaikan.

Pemain sayap lincah itu turut meluahkan sikap sesetengah kepimpinan KFA yang lama sebagai kuat ‘main wayang’ apabila hanya muncul selepas pasukan meraih kejayaan.

“Kalau pasukan masuk je (final), semua je nampak muka nak tunjuk dia oranglah yang bawa pasukan pergi final. Ini semua wayang,” katanya.

Nada sama diluahkan bekas ketua pasukan Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd Radzak yang mengakui Asmirul langsung tidak pernah menjaga kebajikan pemain sepanjang memimpin pasukan itu.

“Selama ini pun kami hanya nampak YB bila waktu final ja. Bab ambil gambar YB memang ada, tapi bila bab kebajikan pemain langsung tak nampak muka. Kot lah nak ambil tau masalah pemain.

“Sampai tahap sekarang ini pun YB langsung tak prihatin dekat nasib kami semua ka?. Masih sibuk nak berpolitik dan yang menjadi mangsa kami pemain.

“Dekat media YB boleh pusing cerita tapi hakikatnya kami pemain yang telan…selama ini kami hanya berdiam diri sahaja sebab nak jaga air muka majikan,” kata Zaquan.

Sebelum ini, isu tunggakan gaji pernah didedahkan oleh Arena Metro pada Februari lalu namun dinafikan KFA.

Ia kemudian dibangkitkan semula oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada April lalu tetapi ia sekali lagi tidak dipandang serius apabila Asmirul yakin masalah berkenaan boleh diselesaikan.

Bagaimanapun, Sanusi yang baru dilantik sebagai Presiden KFA pada 12 Julai lalu mendedahkan, skuad Helang Merah kini berhadapan dengan bebanan tinggalan hutang lama termasuk hutang musim lalu yang kini berjumlah RM10.6 juta.

Hutang itu bukan saja berkenaan gaji malah ia juga termasuk pemotongan cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan tunggakan tiket pengangkutan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Aloo alex sudah lupa ka sapa yg amik hang dulu waktu ang injured recovery klau bukan pengurusan lama KFA….hang dh lupa jasa depa ka…ka hang memang jenis x kenang budi…la ni bukan main hang balon orng yg dulu tolong hang noh…hilang respek teruih aku dgn hang

  2. Ko yang bagi komen lagi la bodoh. Ini soal periuk nasi orang. Memang orang2 PH ni tahap iq 0 ke.

  3. apa ko ingat dieorg semua xde komitmen nk kena settle ke??
    diam jek xde gaji sampai ke sudah dgn alasan nak balas budi??
    bodoh kayu betul geng2 si nyanyok nie

  4. Penyokong yg menyokong YB & menteri besar kepala botak semua bodoh mcm lembu kena cucuk hidung.. Percaya bulat2 ape si pembohong PH ckp… Pemain yg senak perut….

  5. Mmg geng PH kuat kencing pun. Hgg gaji pemain pun nk kencing. Dah namapun Puak Hancing

Comments are closed.