Peguam kepada Md Rayhan Kabir, C Selvaraja dan Sumitha Shaanthinni bercakap kepada media selepas hadir ke Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 27 JULAI 2020

PUTRAJAYA – Peguam bela kepada lelaki warganegara Bangladesh yang muncul di dokumentari Al Jazeera berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown, dibenarkan berjumpa dengan anak guamnya, Md Rayhan Kabir hari ini di Jabatan Imigresen, di sini.

C Selvaraja memaklumkan bahawa Rayhan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan pihak berkuasa.

Rayhan memberitahu peguamnya, bahawa beliau tidak berniat memburukkan negara ini dengan mengatakan pendatang asing dianiaya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan baru-baru ini.

Beliau turut menyatakan akur dengan keputusan kerajaan Malaysia untuk menghantarnya pulang ke negara asal bila-bila masa.

“Beliau membuat permohonan maaf kepada Malaysia sebab dia tidak berniat bercakap sebegitu (dalam dokumentari), dia lihat kawannya ditahan ketika pandemik Covid-19 digari, dan dibawa ke trak. Itu apa yang dia lihat. Dia dengan ikhlas membuat permohonan maaf.

“Tidak ada niatnya untuk menuduh penguatkuasa Malaysia tapi apa yang dia rasa selepas melihat keadaan itu. Dia bersedia untuk dihantar balik dan kembali kepada keluarganya,” katanya ketika ditemui selepas lebih kurang empat jam berada di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), hari ini.

Menurut Selvaraja, anakguamnya memaklumkan menerima layanan yang sempurna sepanjang dalam tahan.

“Hari ini Jabatan Imigresen telah memberi kebenaran, kita telah berjumpa dengan Kabir, beliau dalam keadaan selamat, tidak ada rungutan. Dia beritahu dia telah dijaga dengan baik dan rapi, semua sempurna makan semua ada,”ujarnya.

Selvaraja berkata, pihaknya akan menulis surat rasmi kepada JIM untuk meminta perincian berkenaan tarikh dan masa anak guamnya bakal dihantar pulang dan tindakan selanjutnya bakal diambil oleh pihak berkuasa.

Untuk rekod Rayhan ditahan oleh sepasukan pegawai dari Unit Risikan Operasi JIM Putrajaya di Setapak, Kuala Lumpur, pada jam 5.45 petang pada 24 Julai selepas mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing menerusi dokumentari yang disiarkan Al Jazeera.

Rentetan kritikannya itu, Md Rayhan akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

MalaysiaGazette difahamkan siasatan terhadap warga Bangladesh ini masih belum selesai.

Dalam masa yang sama seorang lagi peguam yang bersama dengan Selvaraja, K Sumitha Shaanthinni memaklumkan memberi keterangan kepada polis dari Bukit Aman di JIM.

Jelas beliau, polis mengambil keterangannya kerana turut muncul dalam video dokumentari berdurasi 25 minit 50 saat itu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

8 Komen

  1. Maaf babi ko, ko tak lyk lh di maaf kn..mmg dasar pdtg ..ko lyk pi mmpus ngra ko lh..ko tak lyk ada di ngra aku..pi mmpus lh mnusia mcn ko ni..kmi amat2 berterima ksih kpd krjaan mlysia krana mgharam kn mnusia durjana ni msuk lg ke mlysia utk selama2 nya..mnusia durjana mcn ni ptut je kna hukuman lbh truk, spya menjadi pgajaran kpd pendatang2 asing yg tak tahu nk syukur tu..sybas krjaan mlysia ..hukum n baru hntar blik ngra dia..dn kpd pguam yg mjadi pguam dia tu. Tak pyh nk kejar duit sgt lh..warga asing bgla pun ko nak bela ke..tak plu kot..tak pyh nk yjuk ko tu prihatin sgt..

  2. Kepala otak dia mohon maaf hantar balik kenapa disimpan lagi,kenapa sayang sangat pada rayhan

  3. G balik negeri le….
    Kata nak c boleh pijak kaki kat Malaysia lagi.. kenapa masih berdolak-dalik. Tangkap dan hantar balik jer la.. Mana pulak dapat peguam ni.. Banyak duit dia nak bayar peguam!

  4. Oit. Sabar sabar. Jgn hantar balik dulu. Claim balik duit makan minum masa kena tahan, bayar dulu duit tiket nak hantar balik, lokap dulu jika takda permit masuk. Pastu sebat belakang 2 3 das. Pastu kasi buluh suruh dia buat rakit, suh dia kayuh balik sana.

  5. Undang2 perlu tegas sabit kesalahan jatuh hukuman berat. Ha sesiapapun takut tak berani melakukan apaapa kesalahan. Negara kita akan dikenal sangat mendisiplin rakyatnya apalagi orang luar. Selama ini orang luar berduyunduyun masuk dengan begitu mudah sekali. Masuk ramai tak terkatakata tetapi keluar/balik tidak ada alamat terus jadi warganegara yang sangat setia nak 6 menjahanamkan negara kita ini rumah kita. Kita inilah negara kita dan tak ada lagi tokok gantinya lagi dahhjjh………….!!!? Selama ini kita teramat lembut terbaik sekali itu sebab segenap bangsa luar berkerumun datang dari segenap penjuru masuk sesuka hati tanpa rasa sedikit takutpun.

  6. Siapa Bangla ini?
    Siapa di belakang Rayhan Al Jazeera?

    Dia dah ngaku la! Apa lagi hukum jer la ke penjara! Kedua,betoi ker dia kata tu pandangan peribadi dia? Pembohong! Ada ker PATI tau details macam tu?! Logik ker dia tau??? Dahsyat kepandaian pembohongan dia ni! Ada skrip? Ada tunjuk ajar? Ada udang di sebalik batu? Ap motifnya? Siapa dalangnya? Nak tutup siapa dalangnya,yer? Siasat ,jangan tak siasat! ! Sampai tangkap! Lock up! Londehkan segala hasutan dan fitnah! Mahkamah dunia! Lockdown kan betul2 depa! Adakah suatu perancangan rapi dan sulit demi nafsu serakah setan????
    Tuhan hanya satu, wei!
    Jangan main-main!

Comments are closed.