Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram bercakap kepada media selepas selesai kes Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 28 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaram menjangka tempoh rayuan Datuk Seri Najib Razak ke Mahkamah Rayuan terhadap tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) akan mengambil sehingga lima bulan.

Manakala bagi proses berikutnya Najib dijangka membawa ketujuh-tujuh pertuduhan jenayah itu ke peringkat Mahkamah Persekutuan yang mungkin mengambil antara empat hingga lima bulan.

“Jadi semuanya harus …Jika rekod sudah siap dan penghakiman sudah siap, dalam satu tahun,” katanya pada sidang media di lobi Kompeks Mahkamah Kuala Lumpur malam tadi.

Mahkamah Tinggi hari ini mendapati bekas Perdana Menteri itu bersalah atas tiga pertuduhan kesalahan pengubahan wang haram, tiga pertuduhan kesalahan pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana salah guna kuasa, dan masing-masing 10 tahun untuk enam kesalahan lain yang semuanya akan dijalankan serentak, menjadikan tempoh sebenar bagi kesemua kesalahan adalah 12 tahun.

Hakim juga mengenakan denda terhadap Ahli Parlimen Pekan itu sebanyak RM210 juta kerana penyalahgunaan kuasa.

Setelah penghakiman itu, Najib dan pasukan pembelaannya yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah mengajukan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Sementara itu, Sithambaram juga berpuas hati dengan penghakiman Mahkamah Tinggi hari ini kerana hakim telah menerima bukti dan saksi mereka sebagai dipercayai.

“Sudah tentu sebagai pendakwa raya, kami datang dengan bukti, baik dalam bentuk dokumen mahupun saksi. Kami mengemukakan bukti, dan kami gembira bukti yang kami percayai, yang kami anggap ada kes telah diterima oleh mahkamah.

“Sudah tentu ia sangat melegakan kami dengan penemuan hakim yang bijaksana,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kalau ada 100 hakim, maka akan ada 100 penghakiman berbeza, bergantung kepada niat hakim tersebut, tak usahlah berbangga sangat!

    Tak nampak pun bukti2 kukuh @solid dalam kes ini?

  2. Btul tu..kami harap mahkamah rayuan nnti akn memberi kemenangan kpd org yg betul2 ikhlas, bkn kmnangan kpd org yg sentiasa putar belik n musuh DSN..Allah pasti ada di smping2 org2 yg beriman..

Comments are closed.